Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Saturday, January 15, 2011

Apa dah jadi

Ingin aku bersembang sedikit mengenai pengalaman aku pada setiap hari Jumaat. Sembang ku ini tidak menyentuh mana-mana pihak tetapi cuma ingin bersembang  apa dah jadi.

 Pada setiap hari Jumaat masa umat Islam menunaikan solat Jumaat  ada pelanggan-pelanggan lelaki Islam dengan selambanya menunggu giliran untuk mendapat perkhidmatan di kaunter tempat aku bertugas.Pejabat tempat aku bertugas ini lebih kurang 200 meter jauhnya dengan Mesjid Jamek Chemor. 

Apa dah jadi pada lelaki-lelaki beragama Islam ini? Di wajah mereka tiada lansung gelisah mendengar azan dari Mesjid.Tujuh tahun dahulu aku bertugas ditempat yang sama tapi tak kan ada pelanggan lelaki Islam di kaunter. Itu dahulu......

Di corong radio sengaja aku perdengarkan siaran langsung solat Jumaat tetapi tiada apa kesan pada pelanggan-pelanggan lelaki Islam ini.Apakah kerana kurangnya dakwah ditempat mereka bertugas? apakah tiada dakwah dikawasan kediaman mereka?

Apa akan jadi sekiranya pelanggan-pelanggan yang aku terang kan tadi semakin ramai pada setiap Jumaat.

Ya Allah buka lah pintu hati setiap umat Islam untuk mentaati perintah Mu ya Allah.....Ameen....