Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Tuesday, February 21, 2012

Untuk isteri tersayang .





1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Saturday, February 18, 2012

Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita



Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. 

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

(Bacalah Dengan Mata Hati mu)

Sunday, February 12, 2012

CIRI-CIRI SUAMI MANJA





Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di bumi ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut adalah ciri dia manja terhadap anda!

1. Melalui bertentang mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan pula, teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!

2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra!

3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini!

4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.

5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya..

Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri. Insyallah.

Saturday, February 11, 2012

Selidiki personaliti anda melalui tulisan




Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)

Kedua: Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)

Ketiga: Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah 

iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat: Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.




Friday, February 10, 2012

Keistimewaan Qiamullail



1. Tanda orang soleh
 " Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan bagi 
orang-orang soleh sebelum kamu " 
- Hadis Riwayat At-Tarmidzi -
 2. Amalan utama selepas solat fardhu
 " Solat yang utama selepas solat fardhu adalah qiamullail " 
- Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w "...
dan kamu wajar mengerjakan solat tahajud walaupun sesingkat memerah susu unta dan seperti sesingkat memerah susu kambing "
 3. Mendapat kemuliaan
 " Semulia-mulia umatku adalah para penghafal Al-Quran, ahli-ahli Al-Quran dan 
orang yang menggunakan malam mereka bagi beribadah " 
-Thabrani dan Baihaqi dari Rasulullah s.a.w -
 Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
 4. Salah satu penyebab masuk syurga
 " Penghuni syurga itu sewaktu di dunia, sedikit sekali tidur pada waktu malam " 
- Suarh Al-Zariyat Ayat 17 -
 5. Menjauhkan seksa neraka
 Di zaman nabi saw, ada seorang lelaki yang mana apabila manusia tidur, dia bersolat dan membaca Al-Quran. Dia berdoa,
" Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku daripada api neraka ". Hal ini diberitahu kepada Nabi. Keesokan paginya baginda bertanya, " Hai si polan, adakah engkau tidak meminta syurga daripada Allah ? " Dia menjawab, " Wahai Rasulullah, aku tidak layak ke sana dan amalanku tidak cukup untuk membawaku ke sana ". Tidak lama kemudian Jibril turun dan berkata, " Berilah khabar kepadanya, Allah sudah menyelamatkannya dari api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga ".
 Allahuakbar...beruntung & bertuahnya Subhanallah...
 6. Dikagumi dan dicintai Allah
 " Jika Allah tersenyum kepada seseorang, maka dia tidak akan dihisab " 
- Ahmad dari Rasulullah s.a.w -
 so sweet...
 7. Menghapuskan dosa
 " Allah memberikan kemurahannya pada tengah malam, lalu Dia menghapuskan dosa 
kecuali syirik" 
- Rasulullah s.a.w -
 8. Salah satu untuk mendapat keampunan
 " Setiap mata itu menangis mengenangkan hari kiamat kecuali mata yang sudah 
menangis kerana takut akan Allah, mata yang tercungkil di jalan Allah, mata yang 
dipejam daripada hal-hal haram dan mata yang berjaga semalaman. Allah memuji 
amalan ini kepada para malaikat sambil berkata, "Lihatlah hambaku. Rohnya ada di 
sisiku dan jasadnya berada pada ketaatan kepadaku. Badannya terpisah dari tempat 
tidur. Dia berdoa padaku dengan rasa takut tidak diterima dan mengharap akan 
rahmatku. Saksikanlah. Sesungguhnya aku mengampunkannya". 
- Usamah dari Rasulullah s.a.w -
 9. Lebih baik dari dunia seisinya
 Manfaat Qiamullail
 1. Membersih dan mencerahkan jiwa
 "...sesungguhnya nafsu amarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan.." 
- Surah Yusuf Ayat 53 -
 2. Menghilangkan penyakit daripada tubuh
 Ini salah satu yang berkait dengan neuropsychoimmunology ( saraf )
 3. Melatih kesabaran
 " Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.." 
- Surah Al-Baqarah Ayat 45 -
 4. Melindungi diri dari dosa dan maksiat
  Seseorang mendatangi nabi lalu berkata, " si polan qiamullail tetapi mencuri di waktu pagi," Lalu beliau berkata, " Dia akan dicegah daripada mencuri oleh apa yang dikatakannya,"
 5. Melatih keikhlasan
  Ibadah malam adalah ibadah rahsia dan tersembunyi. Ia hanya diketahui diri kita dan Allah. Jadi, qiamullail adalah jalan bagi melatih diri supaya menjadi ikhlas kerana mereka yang ikhlas sahaja mampu mengerjakan qiamullail secara berterusan.
 6. Dimakbulkan doa
                Apa yang aku tahu dari ceramah-ceramah sebelum ni, orang yang mengerjakan qiamullail akan menarik ramai orang untuk menyayanginya...serta orang yang mengerjakan qiamullail dibolehkan tidur selepas dhuha. Dapat pahala lagik! Dan ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi rahsia qiamullail yang kita tak tahu..

Nak kongsi sikit antara tips yang aku amalkan untuk senang bangun di awal pagi, 

1. Niat 

Niat untuk bangun awal. Niat jer Allah hitung sebagai pahala belum buat lagi maka Allah gandakan lagi.

2. Alarm

Kalau tak boleh sangat set lah alarm. 

3. Mandi

Mandi awal pagi ? erkk sejukk.. Tapi, Insya Allah mata segar bugar. 

4. Tidur awal

Pukul 10 lebih pergilah masuk tidur. Pastu set dalam otak, esok nak bangun pukul 4 @ 5pagi insya Allah.

5. Roomate

Kalau ada roomate yang jenis hidup di malam hari tu boleh tolong mintak kejutkan. Buat lah macam mana pun asalkan bangun. Jerit ke, siram air ke, tarik sampai jatuh katil ke... ^__^

6. Bukak pecerbuk pukul 3, 4 pagi

Ini sangatlah berkesan. Bagi yang addicted. 

" orang yang luar biasa adalah orang yang mengerjakan amalan di luar 
kebiasaan orang lain..." 

Wallahua'lam

Thursday, February 9, 2012

MELUPUS LARA




Kala kutatap bening matamu seorang ibu
tergenang sayu titis airmata penuh haru
jauh di lubuk hati kuselam rawan hibanya
andai hadirku megores duka dijengah kenangan
bila jejak bertapak yang ditinggal pergi
telah ada langkah menetap dihujung kaki.

Maafkan aku
andaiku singgah melupuskan lara
seorang lelaki yang ditinggal pergi
lalu hidup kami saling mengisi
bila aku juga tak sepi meratap nasib 
pada detik kehilangan yang memilukan..

Izinkan aku 
memintal bebenang kasih
menjalin tenunan harap 
antara kenangan dan nafas hidup
lalu tersulam hamparan kasih
dengan luhur hati dan setia budi
mengharap sinar menelan kabus 
menjunjung izin dan do'a restu 
dapat kurangkul kemuliaan seorang wanita .

Sunday, February 5, 2012

NIKAH ITU UMAPAMA MENDIRIKAN MASJID



Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .
Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .
Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .
Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .
Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .
Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .
Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .
Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .
Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .
Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .
Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .

Biodata Penulis
Amni Fatnin bt Ahmad Jihaduddin Merupakan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://allahmahapengampun.blogspot.com.html/.

Saturday, February 4, 2012

lawak tok batin


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.


Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"(moralnya hati2lah semasa ziarah orang sakit kat spital.).

ABAH


Jikalah  ada kudratku
Duduk lah  dibelakangku abah
Abah akan ku kendung Kemana sahaja aku pergi

kegigihan abah
kepiluan abah
dapat ku baca dijendela mata mu abah..

ini hadiah buat abah
membantu abah jika sendirian

sebatang tongkat cabang empat…

yahti
5.2.2012

Friday, February 3, 2012

15 SENJATA PENGHALANG SYAITAN



1- Membaca Basmalah ( kunci perbuatan baik ).
2- Banyak berzikir.
3- Banyak beristighfar.
... 4- Membaca “ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
5- Jangan tidur berseorangan.
6- Berdoa pagi dan petang.
7- Bersugi.
8- Mengerjakan solat secara berjamaah.
9- Berwuduk sebelum tidur.
10- Menutup aurat.
11- Membaca doa masuk tandas.
12- Memperbanyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW.
13- Bertaubat dan beristighfar.
14- Banyak membaca doa dan memahami maksudnya.
15- Membaca surah Yasin setiap pagi dan memahami maksudnya.

Wednesday, February 1, 2012

KEAJAIBAN AIR WUDUK



Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. 

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ".

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.



P/S: Nak seribu daya tak nak seribu dalih..Percaya qada' dan qadar semuanya datang dan pergi tertulis dariNYA...Redha dengan setiap apa yang berlaku...