Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Monday, December 27, 2010

Hari kelahiran




Hari ini 28.12.

Aku mengulangi hari kelahiran buat kali yang ke 53
kali kedua tiada sebaris ucapan
tiada bisikan ucapan dari mu

Damai lah dikau hendaknya
Saban hari....
aku bekalkan
kalimah-klimah suci
dan doa buatmu.....

Damai lah dikau disana hendaknya
dan aku akan meniti ranjau hidup ini
dengan titian yang kau tinggalkan

Bumi Madinah menjadi saksi
Ketika kau mengucapkan selamat hari lahir
yang terakhir buat ku....

Saturday, December 25, 2010

Abah dan Omak

Asam kandis dibuat kerabu
buat santapan sigadis sunti
Taat kepada ayah dan ibu,
Ke dalam Syurga balasan nanti.

Aku harta Allah


    Abah dan omak...aku selalu memikirkan tentang pengorbanan bagaimana abah dan omak membesarkan aku abang dan adik-adik.Usia ku ketika itu 6 tahun abang ku 7 tahun .Abah membawa kami berhijrah dari Tanjung Rambutan ke Chemor, Paling aku terasa aku susah nak kekedai beli gula-gula kat kedai mamak dan ruamh baru pindah tu tiada karan ,Semasa di Tanjung Rambutan kedai dekat...jiran-jiran dekat ada india ada cina.Nenek opah dan Mak-mak saudara selalu dukung dan bawak jalan-jalan.

Sungguh kental dan keras hati abah.Kemudahan berulang alik ketempat kerja abah abaikan.Abah sanggup berbasikal dari Chemor ke Tanjung Rambutan tidak kira panas atau hujan demi mencari nafkah untuk menyara kami semua.

Aku berbangga mempunyai abah dan omak yang rela menanggung apa sahaja demi kami.Aku masih ingat  keliling melemparkan kata-kata sinis pada abahku yang kononnya tidak mengukur baju di badan sendiri semasa menyekolahkan kami.Abah dan omak tidak peduli matlamat utama abah ialah kami semua berjaya dan hidup senang.

Alhamdulillah syukur pada Allah abah sempat melihat kejayaan kami.Bukan sahaja anak-anak telah berjaya dalam bidang masing-masing malah berjaya cucu-cucu juga berjaya,

Cuma penglihatan abah kini kian terbatas.Abah memerlukan bantuan tongkat.Mungkin kerana abah banyak berpanas semasa mencari rezeki untuk menyara kami.

Saban hari ku pohon doa agar abah dan omak senang didunia dan di akhirat.Jasa abah dan omak tidak terbalas dengan apa cara sekali pun.




pengenalan yahti hayati

Asam kandis buah bidara
buat santapan putera mahkota
awal bismillah mula bicara
penyei blog pembuka kata

Aku ialah harta Allah

Yahti ialah nama ku .Nama ini ku perolehi selepas aku menemui seseorang bernama yahya kurang lebih 35 tahun dahulu.Hayati nama yang abah (Haji Hasan Bin Haji Mohd Tasah) dan omak (Hajah Zainab Bt Jamal) pileh di antara nama nama yang mereka berdua senaraikan.Aku suka nama ini terima kasih abah dan omak.

Aku lahir di Tanjung Rambutan Perak.(No 52 South Worth Tg Rambutan). Abah bekerja sebagai penjaga orang sakit otak.Aku dibesarkan di Tanjung Rambutan sehingga usia ku 6 tahun.Abahku memerlukan ketenangan untuk membesarkan aku , abangku dan adik-adik ku.Abah membawa kami berpindah ke Chemor  kurang lebih 8 km di utara Tanjung Rambutan.

Pembelajaran Awal ku bermula di Sekolah Kebangsaan Chemor. Abah bangga dua orang anaknya sudah bersekolah abangku naik darjah dua.Hari pertama sekolah dibuka abah menghantar aku kesekolah.Aku duduk palang basikal depan abah abangku duduk di belakang.Hari-hari seterusnya abah belikan basikal abang kayuh basikal aku celapak duduk belakang setiap hari.


Perengkat menengah aku diterima masuk di Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah Ipoh selama 5 tahun.Abangku disekolah menengah agama Izzuddin Shah Ipoh.Abah bangga dua orang anaknya dihantar kesekolah agama.

Selepas tamat tingkatan lima aku diterima bekerja sebagai penjual setem di jabatan Perkhidmatan Pos dalam tahun 1978 hingga kini.

Aku ada 13 beradik tiga orang telah kembali menemui Allah yang tinggal 10 beradik.Abahku mempunyai seorang menantu lelaki yang lain menantu perempuan.Sebelum ini ada dua menantu lelaki tetapi seorang sudah menemui Allah pada 26 Nov 2009 .