Asam kandis dibuat kerabu
buat santapan sigadis sunti
Taat kepada ayah dan ibu,
Ke dalam Syurga balasan nanti.
buat santapan sigadis sunti
Taat kepada ayah dan ibu,
Ke dalam Syurga balasan nanti.
Aku harta Allah

Sungguh kental dan keras hati abah.Kemudahan berulang alik ketempat kerja abah abaikan.Abah sanggup berbasikal dari Chemor ke Tanjung Rambutan tidak kira panas atau hujan demi mencari nafkah untuk menyara kami semua.
Aku berbangga mempunyai abah dan omak yang rela menanggung apa sahaja demi kami.Aku masih ingat keliling melemparkan kata-kata sinis pada abahku yang kononnya tidak mengukur baju di badan sendiri semasa menyekolahkan kami.Abah dan omak tidak peduli matlamat utama abah ialah kami semua berjaya dan hidup senang.
Alhamdulillah syukur pada Allah abah sempat melihat kejayaan kami.Bukan sahaja anak-anak telah berjaya dalam bidang masing-masing malah berjaya cucu-cucu juga berjaya,
Cuma penglihatan abah kini kian terbatas.Abah memerlukan bantuan tongkat.Mungkin kerana abah banyak berpanas semasa mencari rezeki untuk menyara kami.
Saban hari ku pohon doa agar abah dan omak senang didunia dan di akhirat.Jasa abah dan omak tidak terbalas dengan apa cara sekali pun.
No comments:
Post a Comment