Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Saturday, December 25, 2010

pengenalan yahti hayati

Asam kandis buah bidara
buat santapan putera mahkota
awal bismillah mula bicara
penyei blog pembuka kata

Aku ialah harta Allah

Yahti ialah nama ku .Nama ini ku perolehi selepas aku menemui seseorang bernama yahya kurang lebih 35 tahun dahulu.Hayati nama yang abah (Haji Hasan Bin Haji Mohd Tasah) dan omak (Hajah Zainab Bt Jamal) pileh di antara nama nama yang mereka berdua senaraikan.Aku suka nama ini terima kasih abah dan omak.

Aku lahir di Tanjung Rambutan Perak.(No 52 South Worth Tg Rambutan). Abah bekerja sebagai penjaga orang sakit otak.Aku dibesarkan di Tanjung Rambutan sehingga usia ku 6 tahun.Abahku memerlukan ketenangan untuk membesarkan aku , abangku dan adik-adik ku.Abah membawa kami berpindah ke Chemor  kurang lebih 8 km di utara Tanjung Rambutan.

Pembelajaran Awal ku bermula di Sekolah Kebangsaan Chemor. Abah bangga dua orang anaknya sudah bersekolah abangku naik darjah dua.Hari pertama sekolah dibuka abah menghantar aku kesekolah.Aku duduk palang basikal depan abah abangku duduk di belakang.Hari-hari seterusnya abah belikan basikal abang kayuh basikal aku celapak duduk belakang setiap hari.


Perengkat menengah aku diterima masuk di Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah Ipoh selama 5 tahun.Abangku disekolah menengah agama Izzuddin Shah Ipoh.Abah bangga dua orang anaknya dihantar kesekolah agama.

Selepas tamat tingkatan lima aku diterima bekerja sebagai penjual setem di jabatan Perkhidmatan Pos dalam tahun 1978 hingga kini.

Aku ada 13 beradik tiga orang telah kembali menemui Allah yang tinggal 10 beradik.Abahku mempunyai seorang menantu lelaki yang lain menantu perempuan.Sebelum ini ada dua menantu lelaki tetapi seorang sudah menemui Allah pada 26 Nov 2009 .

No comments:

Post a Comment