Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Friday, November 13, 2015

PERTEMUAN

Jangan engkau lupakan aku
kudakap badanmu yang dedar
tanganmu kulepaskan.

Empat puluh tahun berlalu
jejak demi jejak
alam maya menautkan kita
benar engkau tidak lupakan aku
kita saling menyapa
tulisanmu gaya bahasamu
nyata bagai dulu.

Ingin sekali bersua
menatap wajah manjamu
suatu hari aku akan datang.

27 Muharam aku datang
wajah manjamu berselimut
selendang putih
engkau tidak lagi tersenyum.

Yahti Hayati
13 November 2015
Simpang Pulai.

Thursday, November 5, 2015

BUNGA TERATAI #1

Di cerah pantai terserlah alam,
Sampai ke malam larut bersemi;
Indah teratai megah di kolam,
Tangkai terbenam di perut bumi.

BUNGA TERATAI #2

Mangga berjuntai ladang sebelah,
Campak ke pagar terkena bata;
Bunga Teratai kembang menyerlah,
Kelopak segar persona mata.

BUNGA TERATAI #3

Hembusan angin baun terjuntai,
Terkenang syair hendak kupesan;
Lapisan lilin daun teratai,
Bergenang air tidak berkesan.

BUNGA TERATAI #4

Keranji pantai sering berkabus,
Siat kembili ijuk bertindan;
Biji teratai kering direbus,
Khasiat asli penyejuk badan.

BUNGA TERATAI #5

Baun terjuntai jamur sepiring,
Padi semaian ramu serasi;
Daun teratai di jemur kering.
Jadi ramuan jamu tradisi.

BUNGA TERATAI #6

Segar seuntai benih kerubut,
Tepian kali di paya sena;
Akar teratai direneh lembut,
Sajian asli budaya Cina.

BUNGA TERATAI #7

Terjuntai nyiru kena ke lahan,
Punggahlah rami setara rupal;
Teratai biru bunga pilihan,
Bungalah resmi negara Nepal.

BUNGA TERATAI #8

Keranji pantai leber dikaral,
Isinya sedap ketara keras;
Biji teratai sumber mineral,
Gizinya lengkap setara beras.

BUNGA TERATAI #9

Mangga terjuntai balik sekoci,
Busi di paya sama terhidu;
Bunga teratai simbolik suci,
Fungsi budaya agama Hindu.

BUNGA TERATAI #10

Rarau di rimba celah kepaya,
Bayu di pantai berbisik merdu;
Kemarau tiba keringlah paya,
Layu teratai di tasik madu.

Tuesday, September 22, 2015

KAIN BURUK

Kain buruk lusuh
simpan di gerobok baru
susun cantik
tetap buruk.

Kain ini pernah baru
lap basuh perah jemur
sahingga lusuh buruk
jasa ada.

Suatu hari kain buruk
masuk dalam pelastik sampah
kain buruk lain
isi gerobok baru.


yahti hayati
Chemor
9 Zulhijjah 1436H

Saturday, September 5, 2015


GURINDAM ANGKARA

Angkara dendam tebal di dada
adap bercakap sudah tiada

Angkara sengketa sekian lama
habis semua dalam dilema

Angkara gagal menuntut bela
garam yang masin disangka gula

Angkara salah buat ramalan
air dibuang tinggal tempayan

Angkara gairah menabur fitnah
rasa resah kerana bersalah

Angkara benci melihat musuh
atur strategi hingga ke subuh

Angkara ego sudah melekat
pantang ditegur marah mengelejat

Monday, August 24, 2015

Pindaan prosa

HAIBUN #1

November

November datang dan pergi.Peristiwa itu masih memalut di fikiranku.Puas juga kucantas kukikis kubuang namun palutannya semakin liar.

Hari itu hari  Rabu 25.11.2009 bersamaan 8 Zulhijjah 1430 pagi itu segar .Seperti biasa kami berkongsi kereta ke pejabat masing-masing sampai di Pejabat Pos Chemor aku turun dahulu.Aku membuka pintu pejabat terkial-kial maklumlah pejabat baru dia mengekori aku dari belakang memanggil namaku . Aku menoleh dalam sengih aku menghulurkan tangan bersalam dengannya. Kali ini renungannya tepat  mataku dan matanya bertentang genggamannya kemas dan rapat seakan  melekat.

Sedang aku asyik dalam urusniaga kira-kira jam sebelas pagi aku di kehendaki datang segera ke klinik Ng di pekan Chemor kira-kira 300 meter dari tempat kubertugas.Dari jauh aku dilambai - lambai oleh kakitangan klinik aku berlari pantas tanpa mempedulikan orang keliling.

Di Klinik suasana tegang Doktor berulang kali memanggil nama suamiku sambil memberi rawatan kecemasan.Apalah dayaku melainkan bertenang kurangkul tubuh suamiku dan kupangku sepanjang perjalanan ke hospital kubisik kalimah syahadah berulangkali.

Tubuhnya kurasa semakin berat nafasnya kian perlahan.Namun kuletakkan harapan setinggi Kinabalu  agar dia membuka mata untukku buat kali terakhir.

Di hospital aku menunggu penuh resah bumi tempat berpijak kurasa lembut.Akhirnya aku dipanggil oleh Doktor Yeoh Kok Ming memaklumkan bahawa suami ku  gagal di selamatkan.

Apalah dayaku melainkan pasrah dan menerima dengan tenang.Urusan pengebumian dibuat selepas asar.

Masih segar dalam ingatan ketika
kali terakhir kucium pipinya yang dingin kuucapkan kepadanya,
 "pergilah dahulu perpisahan sudah tiba"

akhir November
hembusan nafas akhir
sirna abadi
TEDUHAN

Dahan teguh
bercambah tunas baru
daun merimbun segar
lalu jadilah pepohon
rendang menghijau

Kala kupanjat ke dahan
kupaut penuh yakin
ranting rapuh telah patah
gugur menjadi tanah.

Nyamannya teduhan ini
entah sampai kapan?

yahti hayati
Simpang Pulai
24.8.2015

Saturday, August 1, 2015


Perca-perca
bersepahan
cantik
tidak berguna.

Kujahit perca-perca
menjadi selimut
membalut tubuh
meneruskan kehidupan.

yahti hayati
1.8.2015

Thursday, July 30, 2015

KENANGAN

Sepanjang jalan
kita sama melangkah
menoleh ke kiri ke kanan
kemudian kita bertentang mata
kita senyum kemudian ketawa.

Sepanjang jalan
kita melakar kehidupan
agar di usia senja nanti
kita merdeka.

Sepanjang jalan
kita jalinkan janji
tanganku digenggam
sehidup semati
namun engkau pergi mendahuluiku.

yahti hayati
30.7.2015

Saturday, July 25, 2015


PILU

Akhirnya
kau mendahuluiku
tiada teka-teki lagi.

Camar-camar singgah
angin berhenti
sungai seakan berhenti mengalir
hanya kerana menyaksikan kita.

Detik aku melangkah
meninggalkanmu
sendirian di persemadian
apalah dayaku
janjimu bersama Pencipta.

Senja penghabisan kau itu
adalah permulaan rinduku
nan tiada nokhtah.

yahti hayati
25.11.2009
Chemor.

Friday, July 10, 2015


PERTEMUAN

Persahabatan itu titian
empat puluh tahun
kulakarkan di impian
andai ada titian antara kita.

Rindu bersarang di sukma
titian entah di mana
rindu mengundang lara
tebal bertahta.

Syukur ya Allah
hari ini tanggal 20.7.2015
di bulan syawal yang harum
titian kini terbina
alam maya menjadi pengantara
lara jauh menepi
impian bukan lagi lakaran
kita bertemu di sini.

Pernah dulu
kita duduk semeja
menuntut ilmu
penuhkan dada
untuk menyuluh
lorong dunia.

Pernah dulu
di alam remaja
ketika mula kenal dunia
kita saling menyapa
ke sana berdua
ke mari bertiga.

Pernah dulu
di alam remaja
jeling menjeling
kata mengata
menjelir lidah
papar emosi.

Aku tersipu malu
darjat kita berbeza
namun aku bangga
kalian pembela bangsa
untuk aku di sini.

Wahai kawan
wahai sahabat
kutitip sebaris pesan
ketika merenung bintang di langit
rumput di bumi usah persia.

yahti hayati
Chemor
11.7.2015



Thursday, July 9, 2015

RAMADAN

Kulihat kau
berulang kali.

Kau akan pergi
saat berganti minit
minit berganti jam
jam berganti hari.

Kulihat kau
berulang kali.

Kau tidak menoleh lagi
kerana Syawal mengintai mesra.

Kerinduan ini
tiada ubatnya
sahingga kau datang semula.


yahti hayati
Simpang Pulai
23 Ramadan
10.7.2015

Monday, June 29, 2015

DURIAN

Sekali mendongak
sebiji putik gugur
pantang silap
cepat merajuk.

Setiap tahun
rajin berbunga
cantik
harum
lebat
hati pun berbunga
taruh harapan.

Tahun lalu
bencana alam
panas lama
kering
habis semua.

Tahun ini
bencana alam
angin ribut
dahan patah
sekah
putik menabur

Andai menjadi buah
ramai yang geram
tupai
kera
orang.
tupai dan kera makan jerat
orang ?
ada pagar habis dikerat.

Ikhtiar sudah
kini hanya berserah.
durian raja buah
tanpa daulat.


yahti hayati
24.4.2015
Simpang Pulai.
SYUKUR

Segar
siulan burung
penghibur setia.

Segar
matahari pagi
cerah keliling

Segar
hujan lebat
membasuh alam

Sesungguhnya
aku bersyukur pada-Mu
Ya Allah.

Mendengar
melihat
menikmati hidup aturan-Mu.


Yahti Hayati
Simpang Pulai
30.6.2015

Wednesday, June 17, 2015

BURUNG

Bunyi burung
aneka siulan
bekicauan
bercerita pendek

manusia itu
suka di dusun
terlena dalam buaian.

manusia itu
suka menyendiri
membisu.

manusia itu
membiar buah-buahan
untuk kami.

manusia itu
meniru kicauan
kami pengsan.

berkata si tekukur

"hak akoo tuu"


yahti hayati
Simpang Pulai
18.6.2015

Monday, June 8, 2015

RAJA BUAH

Apakah kabar
di manakah wajar
mungkinkah benar
mereka lapar.

Apakah kabar
di manakah wajar
mununggu rebah
sepohon sekah.

Sisa itu milik kita
tiada berbaki
pasrah sahaja
raja buah rezeki mereka.


yahti hayati
Simpang Pulai.
3.6.2015

Saturday, May 9, 2015

Lama sudah rancangan diatur lawatan ke Banda Acheh .Akhirnya terlaksana juga.Cuti hari Buruh selepas solat Jumaat kami menuju ke Kuala Lumpur. Bermalam di rumah anak di Kepong.

Malam berangkat kami anak beranak kongsi - kongsi beli satay dan makan beramai-ramai .

Pagi-pagi lagi selepas subuh kami bersedia untuk bergerak sarapan pagi disediakan oleh menantu.

Selesai urusan di lapangan terbang kami berlepas jam 2.15 waktu Malaysia tiba di Acheh jam 1.30 waktu Acheh.Di KLIA2 urusan sungguh lancar berbanding dengan lapangan terbang Iskandar Muda lama kami berdiri beratur. Aduhai kaki dah mula lenguh perut dah lapar mata sangat mengantuk .Cucuku meragam tangisannya sampai ke pendengaran Pegawai di kantor . Kumpulan kami dilayan mendahului kumpulan yang se kapal dengan kami.Terima kasih cucuku Ujarib.

Kami disambut oleh Pak Helmi hitam manis orangnya. Selesai urusan kami bergerak ke Kuburan Masal Siron di sini seramai 46,718 jiwa telah dikebumikan menggunakan jentolak dan berlapis-lapis.

Perut terasa lapar aduhai . Pak Helmi membawa kami singgah makan di Restoren Masam Keu-Eung.Sebelum kami turun Pak Helmi sempat berpesan "Makanlah sampai habis tinggalkan yang keras aje". Kami di hidangkan dengan 13 macam lauk pauk kami makan penuh semangat.

Selesai makan masanya telah tiba untuk berehat .Kami menginap di Sulthan hotel. Hotelnya bertaraf tiga bintang yang penting saya dapat solat dan berehat.Tanpa mengambil endah kemana distinasi seterusnya saya dan suami munuju bilik seperti yang tercatat di kunci yang diberi.

Orang mengantuk disorongkan bantal selesai mandi dan solat kami berdua tertidur sahinggalah anak kami Hazril masuk ke bilik mengejutkan kami apalagi macam lipas kudung mengemas diri dan naik ke bas tersipu malu en suami memohon ma'af kepada ahli rombongan.

Pak Helmi membawa kami ke Masjid Raya Baiturrahman terletak di jantung kota Acheh Cantik masjid ini .Banyak sejarah masjid ini saya sempat bertanya kepada pak Helmi mengenai pokok kelumpang di pinggir Masjid ini. Mesjid ini pernah dibakar oleh orang Belanda orang Acheh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Johan Harmen Rudolf Köhler di bawah pohon kelumpang di pinggir masjid ini.
Kami solat magrib di sini dan kembali semula ke Hotel.

Awal pagi hari kedua selepas sarapan pagi kami berjalan-jalan di hadapan hotel tempat kami menginap kami menemui dua ekor ayam jantan yang dikurung alunan kokoknya menarik perhatian kami sebelum ini kami mendengar kokokan begini di YouTube sekarang kami mendengar sendiri kokokan yang lucu .

Seperti yang dijanjikan pukul 8.30 pagi kami perlu berkumpul dan bergerak tepat mengikut jadual.Jadual hari kedua sungguh padat.Lawatan yang pertama ialah ke makam pahlawan Nasional Sultan Iskandar Muda.Pemandangan di sini sangat cantik segar menghijau mempesonakan mata memandang.Kami singgah di Rumoh Acheh ( saya tak faham mengapa ejaan ada kelainan ). Sebelum naik ke rumoh Acheh saya dan rombongan bergambar untuk kenangan. Tiba-tiba adik ipar saya Mohamad Januri datang menegur saya.Saya terpempan seketika kerana wajah aruah suami saya ada di wajahnya.Kami sempat bergambar untuk abadikan pertemuan yang tidak dirancang.

Rumoh Acheh ini menyimpan




Thursday, April 2, 2015

PENANTIAN
(catitan harian)

Ujian itu dari-Nya
sabar itu misti.

Rakaman itu buktinya
suara gemersik itu utusan-Nya
diri yang empunya bagaimana?

Persimpangan di sana
di sini tiada jalan ke luar
kawat berduri tebal keliling.

yahti hayati
30.3.2015
Simpang Pulai.