Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Monday, August 24, 2015

Pindaan prosa

HAIBUN #1

November

November datang dan pergi.Peristiwa itu masih memalut di fikiranku.Puas juga kucantas kukikis kubuang namun palutannya semakin liar.

Hari itu hari  Rabu 25.11.2009 bersamaan 8 Zulhijjah 1430 pagi itu segar .Seperti biasa kami berkongsi kereta ke pejabat masing-masing sampai di Pejabat Pos Chemor aku turun dahulu.Aku membuka pintu pejabat terkial-kial maklumlah pejabat baru dia mengekori aku dari belakang memanggil namaku . Aku menoleh dalam sengih aku menghulurkan tangan bersalam dengannya. Kali ini renungannya tepat  mataku dan matanya bertentang genggamannya kemas dan rapat seakan  melekat.

Sedang aku asyik dalam urusniaga kira-kira jam sebelas pagi aku di kehendaki datang segera ke klinik Ng di pekan Chemor kira-kira 300 meter dari tempat kubertugas.Dari jauh aku dilambai - lambai oleh kakitangan klinik aku berlari pantas tanpa mempedulikan orang keliling.

Di Klinik suasana tegang Doktor berulang kali memanggil nama suamiku sambil memberi rawatan kecemasan.Apalah dayaku melainkan bertenang kurangkul tubuh suamiku dan kupangku sepanjang perjalanan ke hospital kubisik kalimah syahadah berulangkali.

Tubuhnya kurasa semakin berat nafasnya kian perlahan.Namun kuletakkan harapan setinggi Kinabalu  agar dia membuka mata untukku buat kali terakhir.

Di hospital aku menunggu penuh resah bumi tempat berpijak kurasa lembut.Akhirnya aku dipanggil oleh Doktor Yeoh Kok Ming memaklumkan bahawa suami ku  gagal di selamatkan.

Apalah dayaku melainkan pasrah dan menerima dengan tenang.Urusan pengebumian dibuat selepas asar.

Masih segar dalam ingatan ketika
kali terakhir kucium pipinya yang dingin kuucapkan kepadanya,
 "pergilah dahulu perpisahan sudah tiba"

akhir November
hembusan nafas akhir
sirna abadi

No comments:

Post a Comment