Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Monday, June 29, 2015

DURIAN

Sekali mendongak
sebiji putik gugur
pantang silap
cepat merajuk.

Setiap tahun
rajin berbunga
cantik
harum
lebat
hati pun berbunga
taruh harapan.

Tahun lalu
bencana alam
panas lama
kering
habis semua.

Tahun ini
bencana alam
angin ribut
dahan patah
sekah
putik menabur

Andai menjadi buah
ramai yang geram
tupai
kera
orang.
tupai dan kera makan jerat
orang ?
ada pagar habis dikerat.

Ikhtiar sudah
kini hanya berserah.
durian raja buah
tanpa daulat.


yahti hayati
24.4.2015
Simpang Pulai.
SYUKUR

Segar
siulan burung
penghibur setia.

Segar
matahari pagi
cerah keliling

Segar
hujan lebat
membasuh alam

Sesungguhnya
aku bersyukur pada-Mu
Ya Allah.

Mendengar
melihat
menikmati hidup aturan-Mu.


Yahti Hayati
Simpang Pulai
30.6.2015

Wednesday, June 17, 2015

BURUNG

Bunyi burung
aneka siulan
bekicauan
bercerita pendek

manusia itu
suka di dusun
terlena dalam buaian.

manusia itu
suka menyendiri
membisu.

manusia itu
membiar buah-buahan
untuk kami.

manusia itu
meniru kicauan
kami pengsan.

berkata si tekukur

"hak akoo tuu"


yahti hayati
Simpang Pulai
18.6.2015

Monday, June 8, 2015

RAJA BUAH

Apakah kabar
di manakah wajar
mungkinkah benar
mereka lapar.

Apakah kabar
di manakah wajar
mununggu rebah
sepohon sekah.

Sisa itu milik kita
tiada berbaki
pasrah sahaja
raja buah rezeki mereka.


yahti hayati
Simpang Pulai.
3.6.2015