Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Tuesday, October 25, 2011

Ilham

Ilham

Mana bisa aku ke Sri Semarak
Melainkan kerana kejayaan mu Ilham
Ingatan telah menerpa di sri semarak
 Mencengkam sanubari ..
Sebenarnya kisah-kisah lalu itu
 telah mewarnai kehidupan hari ini

andai ada pilehan aku memileh
meraikan kejayaan Ilham bersama ayahmu..

jikalah ada peluang kejayaan ilham ini akan aku bisikkan
melalui angin malam kepada ayahmu…

namun pilehan dan peluang hanya bayangan yang lebur!!!
 Biarlah kejayaan ini kuwakili bagi pihak ayahmu….

26X2011

dua insan

Ini ialah lirik lagu dua insan .saya amat tertarik dengan lirik lagu ini dan amat berkesan dihati saya.Penyanyi yang menyanyikan lagu ini M Nasir dan Yusnizar Husin.


Dua Insan 

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati ku dekat selalu
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku
Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

26.X.2011

Saturday, October 15, 2011

Belati



Telah kutambat hati mu dengan tali belati
Kerana kau  meniti hari-hari mu tanpa melati
awasi pisau belati
cuba menghiris simpulan belati….

Masihkah bicara soal hati lagi?
Atau aku kah yang bicara sendirian?

Yahti hayati
16 X 2011

Saturday, October 8, 2011

Mengertilah.....



Untuk kau payungi aku
Ada lurah kau seberangi
Ada bukit-bukau kau jelajahi
Kerana aku berada diantara lurah dan bukit bukau
Dan payung itu ditangan mu

Ketika kau menggapai tangan ku
Payung itu tiba-tiba musnah
Dan aku kembali seperti dahulu…

Yahti
8.10.2011

sudut kesihatan




Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung: Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke: Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, 
kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan: jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

Saturday, October 1, 2011

dulu dan kini

Pernah dulu ku  lalui laluan berliku ini
Beriringan bersma mu
Ada kalnya kau memapah ku
Adakalanya aku memapahmu
Entah bagaimana
Badai melanda
kau tiba-tiba diambil mengadap ilahi

laluan ini ku lalui sendirian…
Ada fitnah ditaburi….
Ada hasad dengki dihati
Ada kemarahan dileburkan
Mengapa ini untuk ku..
Adakah ini hukuman?

Usah kalian fitnahi aku
Usah kalian irihati lagi
Usah lentingkan kemarahan
Kerana diri kerdil ini
Punya rasa
hiba
sayu
hina

namun….kini
ada payung memayungi jiwaku
terima kasih….


Yahti 2.10.2011