Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Monday, September 19, 2011

kisah perompak bertaubat


Kisah Perompak Bertaubat
(dai kesah Wali Allah Sheikh Abdul Qadir Jailani)

Adel...ah dikatekan bahawe semase beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunye telah memasukan 80 keping wang mas dalam bajunye dan dijahit dibawah ketiaknye, sebelum berangkat pergi ibunye yang warak itu telah menasihati Sheikh Abdul Qadir Jailani supay JANGAN BERBOHONG dalam keadaan ape sekalipun dan beliau berjanji pade ibunye tidak akan berbohong.

Sheikh Abdu Qadir Jailani pun pergilah mengikut satu kafilah yang hendak pergi ke Baghdad, ditengah2 perjalanan iaitu disatu tempat bername Hamadan kafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun, mulenye penyamun2 itu tidak mengindahkan Sheikh Abdul Qadir Jailani kerane rupenye yang seperti orang miskin sahaje, tetapi datang seorang penyamun bertanye kepada beliau samade beliau ade wang. Sheikh Abd QAadir Jailani teringat pesanan ibunye supaye JANGAN BERBOHONG, lantas beliau berkate, "YE, AKU ADE 80 KEPINGN WANG MAS DIJAHIT DALAM BAJUKU OLEH IBU KU". Penyamun itu terkejut melihat Sheikh Abdul Qadir Jailani bercakap dengan terus terang dan TIDAK MAU BERBOHONG. Mereke membawa Sheikh Abdul Qadir Jailani berjumpe dengan ketua mereke dan disoal begitu jugek, dan Sheikh Abdul Qadir Jailani menjawab seperti tadi jugek. Ketue perompak itu memerintahkan baju Sheikh Abdul Qadir Jailani dibuke, apabile baju itu dibuke, make benarlah ade 80 keping wang mas dalam baju itu, SANGATLAH HAIRAN akan ketua penyamun itu, lalu ie bertanye kepade Sheikh Abdul Jailani, kenape engkau sangat BERCAKAP BENAR?.......

Shekh Abdul Jailani menjawab, BAHAWE IBUKU TELAH MENGIKATKAN JANJI KEPADA KAU SUPAYE AKU BERKELAKUAN BENAR DALAM SEKELIAN PERBUATAN, AKU SEKALI2 TIDAK AKAN MENGKHIANATI JANJI KU ITU.....

Tibe2 ketue perompak itu pun menangis, die berkate: ENGKAU TIDAK MENGHKHIANATI JANJI KEPADE IBUMU, SEDANGKAN AKU TELAH BEBERAPE TAHUN KHIANATI PERJANJIAN DENGAN TUHANKU....make ketike itu juge BERTAUBATLAH ketua perompak itu yang langsung diikuti oleh semue anak buahnye dihadapan Sheikh Abdul Qadir Jailani, semue harte rompakan langsung dikembalikan kepade pemilik2nye !!!!!!

Moge cebisan kisah ini menjadikan kite insaf!

(disalin dari kitab Pembukaan Kepade Yang Ghaib(Fthulghaib)!

Saturday, September 17, 2011

HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.

0 HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.
1. Mati hatinya.
2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).
3. Digemari syaitan akannya.
4. Dimurkai Allah.
5. Disoal padanya pada hari kiamat.
6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.
7. Dikutuk para malaikat.
8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.
9. Lupa pada segala-galanya.
10.Terbuka aibnya pada hari kiamat.

dalam riwayat yang lain: Abul Laits berkata: “Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:

1. Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal
2. Memberanikan orang bodoh kepadanya
3. Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
4. Melupakan dosa-dosa yang lampau
5. Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu
6. Melupakan mati dan akhirat
7. Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu
8. Tertwa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat

Thursday, September 15, 2011

Salam perpisahan


Ku ulang-ulang namanmu
Kerana kau seperti di sisiku
Ku ucapkan kata cinta ku
Kerana kau seperti mendengarnya
Ku ulang janji setiaku
Kerana kau seperti ada

Namun alam yang berbeza
Membuat kita tidak lagi seperti dahulu

Nama mu tidak ku seru lagi
Kata-kata cinta kian hilang
Janji setia telah ku mungkiri

Apalah ertinya menyeru namamu
Sedang kau tidak mendengar lagi
Apalah ertinya kesetiaan
 sedang kau tiada lagi disisi
maafkan lah aku
jauhi diriku dari hukuman

yahti
16.sept 2011




Sunday, September 11, 2011

kisah paderi


Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia.
(Oleh Seventh Shahril....grup Wahana Ilmiah)
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan ...harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

Pemilik


Entah bagai mana
ketika  mencari-cari mangsa
Ia terperangkap dijerangkap mereka
amarah pemilik bukan kepalang…

 hukuman tersedia
 maki hamun
jerkah seranah
ucapkan lah semau-maunya
segalanya diterima
persis mencurah air di dedaun keladi
tidak sedikit pun berbekas……

Pencuri malang tidak pernah serik
bangun mengaum…
melangkah gagah
jerkah seranah dijadikan
lagu-lagu  indah
yang mengilhamkan…

Kini ia menjadi pemilik abadi
pada sekeping hati yang dikongsi menginjak
selagi hayat dikandung badan...

Yahti
11.Sept 2011

Friday, September 2, 2011

Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit