Ku ulang-ulang namanmu
Kerana kau seperti di sisiku
Ku ucapkan kata cinta ku
Kerana kau seperti mendengarnya
Ku ulang janji setiaku
Kerana kau seperti ada
Namun alam yang berbeza
Membuat kita tidak lagi seperti dahulu
Nama mu tidak ku seru lagi
Kata-kata cinta kian hilang
Janji setia telah ku mungkiri
Apalah ertinya menyeru namamu
Sedang kau tidak mendengar lagi
Apalah ertinya kesetiaan
sedang kau tiada lagi disisi
maafkan lah aku
jauhi diriku dari hukuman
yahti
16.sept 2011
No comments:
Post a Comment