Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Monday, November 28, 2011

~Berubah~


Sempena tahun baru Hijrah 1433 yang baru saja bermula ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips berkesan untuk melakukan perubahan diri.
Lakukan 5 tips dibawah ini dengan istiqamah, insyaAllah saya yakin sesiapa saja mampu berubah menjadi lebih baik.

5 Tips Berkesan Untuk Berubah


1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman.
Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
2. Lakukan secara perlahan-lahan.
Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
3. Lakukan perubahan pada masa sekarang.
Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh.
Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat.
Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi.

Sunday, November 27, 2011

~REMANG REMANG SENJA~



Pada usia diremang remang senja..
Masih ada wajah wajah duka...
Yang menyilang tangan menyeka air mata..
Medesah hati dalam lara nya..
Tiada lagi makna dari kemanisan hidup..
Tiada lagi suara tawa ria..
Tiada lagi sapaan sayang dan rindu..
Tiada lagi tangan yang ingin memaut kasih.

Diri itu akhir nya..
Bagaikan daun daun muda...
Yang gugur sebelum tiba nya musim buah..
Yang tersimpuh rebah sendirian..
Yang akhir nya ia menjadi daun kering yang mengulug..
Terpintal pintal terbiar selama nya..
Lalu semakin kering dan pecah berserakan..
Lalu ia terbiar dan tak pernah berbekas tinggal.

KEJORA TAK BERKERDIP


Bila harus memulakan gerak langkah
kala kaki terkaku pada rentet sang waktu
tak siapa menduga kemana arah hala tuju
bila tiba di persimpangaan yang berliku
timur barat utara selatan penuh keliru.

Bila cahaya menunjuk arah
kemilau lantera membawa pesona
namun kerlip sinarnya tak memberi harap
ada gusar yang tertambat
ada cemburu yang menghambat .

Malam pun makin berlabuh
begitu dingin kala embun menitis di ujung kelam
masih bersisakan riwayat waktu buatmu
andai kejora tak memberi kerdip
kilau bulan tenggelam di balik awan
engkau pun pasrah menghitung detik
kala gerimis mula merintik.

27 Nov 2011

Saturday, November 26, 2011

SEDETIK LEBIH

( menarik lagu annuar zain ini)


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan
dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua
yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Friday, November 25, 2011

Senja kala

Meniti di senja kala
Di titian nan rapuh  sempit dan berayun
perasaan dan semangat biar lah waja
kemelut egoan menanti di sana sini

adakalanya singgah di perhentian
Namun tak seorang menyapa
diri mu kah yang tersalah 
memileh meniti di senja kala?

di hadapan mu adalah persimpangan

Sampai ketepian ketika larut malam
atau....
tersimpuh sendirian di perhentian
merenung tepian di kejauhan

yang akhirnya dirimu menjadi
daun-daun kering
yang gugur di pinggir danau

Yahti
26 Nov 2011

Monday, November 7, 2011

KELEBIHAN KETAWE



Sudah menjadi adat dalam kehidupan , ketawa,menangis datang si...lih berganti. Tapi tahukah anda terdapat banyak kelebihan apabila kita ketawa. Ketawa merupakan penawar yang terbaik. Ini kerana apabila kita ketawa tubuh akan menghasilkan pelbagai reaksi dan bunyi. Ketawa juga meransang penyembuhan dengan merendahkan tekanan darah serta meningkatkan aliran darah.

Antara kelebihan ketawa:

Mengurangkan stress
Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif
Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

Jom ketawa!
Ketawa sepuas-puasnya mengikut hukum yang ditetapkan agama kita.
Semoga hari-hari anda sentiasa dihiasi gelak ketawa yang istimewa ini..

Sunday, November 6, 2011

DIAM..



Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Terkadang kita han...ya perlu DIAM dalam menegur..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
... Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

jesteru..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM..

MENANGIS ADELAH SATU TERAPI


Bilakah kali terakhir anda menangis? Menangis senti...asa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang. Saya pasti ramai yang menyangkanya begitu namun ini tidak benar sama sekali. Setelah membaca sebuah artikel, WanitaSihat mengetahui bahawa menangis adalah salah satu terapi dan boleh memberi kebaikan kepada tubuh. Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.
Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.

Friday, November 4, 2011

Pabila kau diutus

Kau diutuskan untuk ku
Mengubah tangisan menjadi senyuman
Mewarnai kesuraman
Memayungi jasadku

Aku diutuskan untuk mu
Memagari taman mu…
Menghitung rama-rama
Menghitung kelopak-kelopak bunga

Utusan itu akan terhapus
Apabila kau tiada…


5.11.2011