PANTUN BERKAIT
Rakan mencabar bermain pedang;
pedang tembaga dari kota;
banyakkan sabar jangan meradang,
demi menjaga ukhuwah kita.
Pedang tembaga dari kota
telah dibaling keris diganti;
demi menjaga ukhuwah kita,
usahlah saling menguris hati.
Telah dibaling keris diganti,
sebilah keris sarungnya merah;
usahlah saling menguris hati,
tidakkan habis segala marah.
Sebilah keris sarungnya merah.
tajamnya nyeri bersinar terang;
tidakkan habis segala marah,
akhirnya diri dihindar orang.
Tajamnya nyeri bersinar terang,
bersinggung bahu tidak terkata;
akhirnya diri dihindar orang,
barulah tahu kaca permata.
****
Rakan mencabar bermain pedang;
pedang tembaga dari kota;
banyakkan sabar jangan meradang,
demi menjaga ukhuwah kita.
Pedang tembaga dari kota
telah dibaling keris diganti;
demi menjaga ukhuwah kita,
usahlah saling menguris hati.
Telah dibaling keris diganti,
sebilah keris sarungnya merah;
usahlah saling menguris hati,
tidakkan habis segala marah.
Sebilah keris sarungnya merah.
tajamnya nyeri bersinar terang;
tidakkan habis segala marah,
akhirnya diri dihindar orang.
Tajamnya nyeri bersinar terang,
bersinggung bahu tidak terkata;
akhirnya diri dihindar orang,
barulah tahu kaca permata.
Bersinggung bahu tidak terkata,
pergi kenduri jadi tarikan;
barulah tahu kaca permata.
pekerti diri jadi nilaian.
Pergi kenduri jadi tarikan,
pakai purdah berkain kasa;
pekerti diri jadi nilaian,
leburlah sudah segala jasa.
Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
About Me
Friday, November 24, 2017
BURUNG JELATIK
Burung jelatik terbang ke ladang,
bersarung batik senang dipandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
sudahlah cantik pandai berdendang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
hati berdetik ada yang pandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
sahabat baik jarang meradang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
hendak kupetik hak milik orang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
maafkan patik terlepas pandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
senyuman itik tak jemu pandang.
Burung jelatik terbang sepasang,
kurasa getik amalan songsang.
Burung jelatik terbang ke sarang,
kasih berputik pendam seorang .
Burung jelatik terbang ke sarang,
kasih berputik terasa girang.
Burung jelatik terlanggar palang,
rindu berdetik kuingin pulang.
Burung jelatik terbang sekawan,
walaupun cantik hatinya rawan.
Burung jelatik paruhnya merah,
kurasa getik dia pemarah.
Burung jelatik tidak berkumis
berbaju batik setiap khamis
Burung jelatik terlanggar ranting,
walaupun cantik kuat melenting.
Burung jelatik jatuh tergelek,
sudahlah cantik kecil dan molek.
#Pantunduakeratyahti
Burung jelatik terbang ke ladang,
bersarung batik senang dipandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
sudahlah cantik pandai berdendang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
hati berdetik ada yang pandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
sahabat baik jarang meradang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
hendak kupetik hak milik orang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
maafkan patik terlepas pandang.
Burung jelatik terbang ke ladang,
senyuman itik tak jemu pandang.
Burung jelatik terbang sepasang,
kurasa getik amalan songsang.
Burung jelatik terbang ke sarang,
kasih berputik pendam seorang .
Burung jelatik terbang ke sarang,
kasih berputik terasa girang.
Burung jelatik terlanggar palang,
rindu berdetik kuingin pulang.
Burung jelatik terbang sekawan,
walaupun cantik hatinya rawan.
Burung jelatik paruhnya merah,
kurasa getik dia pemarah.
Burung jelatik tidak berkumis
berbaju batik setiap khamis
Burung jelatik terlanggar ranting,
walaupun cantik kuat melenting.
Burung jelatik jatuh tergelek,
sudahlah cantik kecil dan molek.
#Pantunduakeratyahti
Tuesday, August 29, 2017
BANGGA MERDEKA
Awal bismillah salam berserta
wahai saudari juga saudara
syair merdeka negara kita
moga menebal rasanya cinta
'Negaraku sehati sejiwa'
inilah tema yang berwibawa
semat di hati tiada lewa
sayang negara ke hujung nyawa
Bersatu padu berbilang bangsa
susah dan senang sama dirasa
biar sempurna bertambah sasa
guna tenaga masih bersisa
Enam puluh tahun sungguhlah laju
ada matlamat misti dituju
banyak rintangan dan juga ranju
bukan penghalang teruslah maju
Sejarah silam menjadi bukti
bertumpah darah di bumi jati
asalkan dapat berbuat bakti
begitu luhur bersihnya hati
Sampai di sini syair merdeka
hanya sekadar melenyap leka
ayuhlah kita sentiasa peka
berkerjasama setiap ketika
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
15.8.2017
Awal bismillah salam berserta
wahai saudari juga saudara
syair merdeka negara kita
moga menebal rasanya cinta
'Negaraku sehati sejiwa'
inilah tema yang berwibawa
semat di hati tiada lewa
sayang negara ke hujung nyawa
Bersatu padu berbilang bangsa
susah dan senang sama dirasa
biar sempurna bertambah sasa
guna tenaga masih bersisa
Enam puluh tahun sungguhlah laju
ada matlamat misti dituju
banyak rintangan dan juga ranju
bukan penghalang teruslah maju
Sejarah silam menjadi bukti
bertumpah darah di bumi jati
asalkan dapat berbuat bakti
begitu luhur bersihnya hati
Sampai di sini syair merdeka
hanya sekadar melenyap leka
ayuhlah kita sentiasa peka
berkerjasama setiap ketika
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
15.8.2017
GURINDAM SAMBUT MERDEKA
Sambut merdeka setiap tahun
nescaya semangat bingkas bangun
Sambut merdeka kenang sejarah
nescaya rakyat kan rasa gairah
Sambut merdeka berganding bahu
nescaya sama mengambil tahu
Sambut merdeka rakyat menderu
nescaya yakin tanpa keliru
Sambut merdeka sambutan mega
nescaya rakyat merasa bangga
Sambut merdeka tema dicipta
nescaya bertambah rasa cinta
Sambut merdeka banyak acara
nescaya rakyat turut gembira
Sambut merdeka bersatu teguh
nescaya muhibah kekal kukuh
Sambut merdeka kibar bendera
nescaya segar cinta negara
#DBP61TAHUN
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
15.8.2017
Sambut merdeka setiap tahun
nescaya semangat bingkas bangun
Sambut merdeka kenang sejarah
nescaya rakyat kan rasa gairah
Sambut merdeka berganding bahu
nescaya sama mengambil tahu
Sambut merdeka rakyat menderu
nescaya yakin tanpa keliru
Sambut merdeka sambutan mega
nescaya rakyat merasa bangga
Sambut merdeka tema dicipta
nescaya bertambah rasa cinta
Sambut merdeka banyak acara
nescaya rakyat turut gembira
Sambut merdeka bersatu teguh
nescaya muhibah kekal kukuh
Sambut merdeka kibar bendera
nescaya segar cinta negara
#DBP61TAHUN
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
15.8.2017
RENYAI JIWAKU
Renyai jiwaku
kala Ilahi memanggil kaupergi
kerana engkau tak mungkin lagi ada di sisiku.
Renyai jiwaku
menjalani detik dan liku hidup ini
kerana engkau tidak lagi memegang tanganku.
Renyai jiwaku
mengingati kisah lalu
kerana perjuanganmu tidak jadi sejarah.
Renyai jiwaku
membuat keputusan ini
kerana kita tidak mungkin bersua lagi.
Renyai jiwaku hingga kini
kerana engkau selalu hadir di dalam mimpiku.
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
21.8.2017
Renyai jiwaku
kala Ilahi memanggil kaupergi
kerana engkau tak mungkin lagi ada di sisiku.
Renyai jiwaku
menjalani detik dan liku hidup ini
kerana engkau tidak lagi memegang tanganku.
Renyai jiwaku
mengingati kisah lalu
kerana perjuanganmu tidak jadi sejarah.
Renyai jiwaku
membuat keputusan ini
kerana kita tidak mungkin bersua lagi.
Renyai jiwaku hingga kini
kerana engkau selalu hadir di dalam mimpiku.
YAHTI HAYATI
Simpang Pulai
21.8.2017
Saturday, May 20, 2017
PANTUN PANTANG LARANG
Bakul peram buah,
tepi pagar bendang;
bersiul dalam rumah,
nanti ular datang.
Cawan pecah empat,
bini campak kuali;
makan ubah tempat,
nanti banyak bini.
Jumpa burung nuri,
denak tepi jerat;
suka menyabung kaki,
emak mati cepat.
Geluk atas kapal,
keli penuh bakul;
duduk atas bantal,
nanti tumbuh bisul.
Pokok pinang masak,
kena naik bukit;
tengok orang berak,
mata naik ketumbit.
Tepi jalan batas,
ada pisang kaki;
hari hujan panas,
ada orang mati.
Suka Teluk Rubiah,
tebang anak pisang;
rerama masuk rumah,
orang nak datang.
Keladi tepi alur,
putat tepi paya;
nyanyi di dapur,
PANTUN PANTANG LARANG
Bakul peram buah,
tepi pagar bendang;
bersiul dalam rumah,
nanti ular datang.
Cawan pecah empat,
bini campak kuali;
makan ubah tempat,
nanti banyak bini.
Jumpa burung nuri,
denak tepi jerat;
suka menyabung kaki,
emak mati cepat.
Geluk atas kapal,
keli penuh bakul;
duduk atas bantal,
nanti tumbuh bisul.
Pokok pinang masak,
kena naik bukit;
tengok orang berak,
mata naik ketumbit.
Tepi jalan batas,
ada pisang kaki;
hari hujan panas,
ada orang mati.
Suka Teluk Rubiah,
tebang anak pisang;
rerama masuk rumah,
orang nak datang.
Keladi tepi alur,
putat tepi paya;
nyanyi di dapur,
dapat laki tua.
Anak puyuh mati,
tekukur dalam lau;
tidak basuh kaki,
tidur malam mengigau.
“PANTUN PUSAKA BANGSA”
PAUZI MOHD ISA,
SMJK Choong Hua,
35500 Bidor, Perak.
10.2.2013(Ahad),
Jam, 10,00 malam.Mesjid di tengah Banda Acheh.Masjid Raya Baiturrahman
Friday, May 19, 2017
DUSUN TINGGAL
Tanah dusun sekangkang kera
bertukar tangan harga berbelas ribu
bukan ranjau halangan
asalkan impian jadi kenyataan
kepingin bercucuk tanam
memetik hasil nan ranum
menunggu durian berdaun luruh.
Tenaga muda gagah perkasa
semangat merah jingga habis diguna
melupus tebas merumput
mencantas pokok-pokok liar
menyembah kulit bumi.
Menghijau durian, rambutan, pulasan,
cempedak dan nangka
dikecap bagai di taman maya
Kini tenaga terarah mengalah
hasil bertukar tangan kera-kera kelaparan
dusun tinggal merimbun belukar rimba
dikeliling kehijauan ladang sawit
menyumbang sesama makhluk Allah.
yahti hayati
Simpang Pulai
28.4.2017
Wednesday, May 10, 2017
Putik kelapa jatuh ke paya,
kena reciknya di hujung tandu;
hendak berjumpa apakan daya,
di alam maya kubalut rindu.
Riuh ketitir singa mengintai,
itik mengalah mengah menyelam;
jauh terpinggir bunga teratai,
cantik menyerlah di tengah kolam.
Bertih secupak terung jerangau,
letak di balai tolong masakkan;
putih melepak si burung bangau,
melayap longlai mengintai ikan.
Keluar naning tika merintih,
bertambah ranggi terkena tebak;
cempaka kuning cempaka putih,
pohonnya tinggi harum semerbak.
11. 5 .2017
DUSUN TINGGAL
Tanah dusun sekangkang kera
bertukar tangan harga berbelas ribu
bukan ranjau halangan
asalkan impian jadi kenyataan
kepingin bercucuk tanam
memetik hasil nan ranum
menunggu durian berdaun luruh.
Tenaga muda gagah perkasa
semangat merah jingga habis diguna
melupus tebas merumput
mencantas pokok-pokok liar
menyembah kulit bumi.
Menghijau durian, rambutan, pulasan,
cempedak dan nangka
dikecap bagai di taman maya
Kini tenaga terarah mengalah
hasil bertukar tangan kera-kera kelaparan
dusun tinggal merimbun belukar rimba
dikeliling kehijauan ladang sawit
menyumbang sesama makhluk Allah.
yahti hayati
Simpang Pulai
28.4.2017
SAJAK KEHIDUPAN #5
BUNGA KANTAN TANDA INGATAN
Rumah sebuah
di Taman Bunga Raya
rumah lama baru dibeli
hijauan semak tidak terkata
Di belakang rumah
rumpun lalang tumbuh rapat dan liar
kaca dan besi buruk bertaburan
menjadi objek pasak kukuh sampah
Mujurlah
seorang hamba Allah
menawarkan diri
sebagai pembantu membida kebersihan
Terlaksanalah sebuah jilid impian
di belakang rumah siap bertebas
tanah hitam pun digembur
bertokok benih pokok-pokok kantan
Suatu petang gemilang
penuh cermat anak kantan dialih
bimbangkan akar rambut nan halus
terhimpit putus
Lapan bulan berlalu
kudup bunga kantan ceracak segar
kian mengembang memerah perlahan
bertukar merah terang
Cantik dipandang mata indah di hati
pokok kantan terus berbunga
yang lama bertukar baru
menyapa rasa hati tetamu bertandang
Pokok kantan hijau sepanjang musim
hayat membilang tahun
merelakan penanam pokok pergi dahulu
kumenoleh kenang tanda ingatan
yahti hayati
Simpang Pulai
9.5.2017
Friday, May 5, 2017
Sajak kehidupan #4
Sajak kehidupan #4
RINDU AROMA KEMANGI
Ketika aku pulang ke desa
kenduri di rumah paman
terpesona aku menatap pokok kemangi
segar di taman herba
setangkai bunga kering kemangi
kupetik untuk kubawa pulang
paman mengerlingku
senyumnya sinis.
Sebaris pokok kemangi
kutanam di dalam pasu tepi jendela
setiap hari kemangi kubelai kujaga
akhirnya pokok kemangi hidup subur
menyuntik semangat baru
pembekal daun kemangi.
Pucuk kemangi beraroma unik
harumnya menggugah seleraku
semasa aku remaja
sambal tumis ikan bilis
ulam pucuk kemangi
hidangan sarapan pagi
setiap hari.
Kini aku cari kembali
pucuk kemangi nan wangi
untuk kuubati sakitku ini.
sakit rindu aroma kemangi.
yahti hayati
Simpang Pulai
6.5.2017
Thursday, May 4, 2017
KOLEKSI PANTUN
Asingkan padi suku tertumpah,
bibi dimarah jelir melawan;
hujan tak jadi diriku basah,
pergi mencurah air tempayan.
Pinjamkan kendi sangkunya merah,
lima bertatah bertambah padan;
hujan tak jadi dirinya basah,
Tok ma melatah tersimbah badan.
Hambat serati melangkau pagar,
angguk merata dari semalam;
tertambat hati hijau nan segar,
penyejuk mata penyeri alam.
Helah pemburu simbat diganti,
hanya merintang sebelah denai;
pastilah biru menambat hati,
warnanya tenang nampaklah damai.
Hambat serati melangkau pagar,
masuk merata mencari kolam;
tertambat hati hijau nan segar,
penyejuk mata penyeri alam.
Belut disalai cantaslah buluh,
lidi dikerat cucuk bertiga;
rambut sehelai dibelah tujuh,
menjadi sirat untuk ke syurga.
Borong ketutu belilah lala,
sekati kerang serta haruan;
berbohong itu amatlah cela,
kaki temberang kata gelaran.
Pelbagai umbut berserta kailan,
terong kematu samalah timbang;
bagai disebut kata bidalan,
berbohong itu lidah bercabang.
Ikan siakap ikan tenggiri,
buatlah gulai sayur peria;
abaikan sikap pentingkan diri,
itulah nilai jujur mulia,
Pekaka mara dengan tempua,
kumbang mengikut sipi melintang;
rangka segera pelan kedua,
bimbang melukut di tepi gantang.
Nampaklah ngeri pahat dibaling,
syarat saringan sebelah hulu;
sedarlah diri lihat keliling,
buat pusingan jikalah perlu.
Tajamnya golok dari gergaji,
simpan di sini yakin teratur;
andainya esok mungkiri janji,
harapan ini tak mungkin lebur.
Pergi berkuda tercalar duri,
hasrat nan murni berteman bayu;
selagi ada sinar mentari,
harapan ini tidakkan layu.
Riuhlah pegar jalan ke huma,
kiri dan kanan sepakat hadir;
adalah wajar bidalan lama,
beri ingatan hakikat takdir.
Pergi berkuda tercalar duri,
hasrat nan murni hendak merayu;
selagi ada sinar mentari,
harapan ini tak akan layu.
Menanti feri rasalah gundah,
menyambut pulang paman dan kawan;
hati sendiri usah diendah,
rebut peluang raikan rakan.
Ikan gelama kelah sejajar,
sama dibelah berilah jiran;
bidalan lama adalah wajar,
cuma janganlah salah tafsiran.
Sabut dikirai hinggalah lejuh,
serbuknya sarat timbang bertiga;
rambut sehelai dibelah tujuh,
saiznya sirat imbang ke syurga.
Duri seruntun merempang tanda,
cungkil seruang beralas daun;
mari berpantun berlapang dada,
ambil peluang berbalas pantun
Atur pelita sebaris jelas,
menuju dusun rakan kenalan:
tutur dan kata halus beralas,
cantik bersusun kata bidalan.
Pekaka mara dengan tempua,
kumbang mengikut sipi melintang;
rangka segera pelan kedua,
bimbang melukut di tepi gantang.
Bajulah rintik kainlah merah,
renda sebelah dipandang ranggi,
biarlah titik janganlah tumpah,
mereda resah orang yang rugi.
Sungguhlah santun si gadis kampung,
jalannya lurus elok bersanggul;
"Berbalas Pantun " beri pelampung,
tidaklah terus tenggelam timbul.
Hujan gerimis rintik di kuala,
sahingga lesu hendak memburu;
bersebab titis setitik nila,
sebelanga susu bertukar biru.
Lokan diganti dengan siakap,
jatuh berderai sayup meredam;
lembutkan hati ubahlah sikap,
nescaya lerai segala dendam.
Masaklah kubis selepas kailan,
sesenduk kerang jadi perasa;
setelah habis tugas harian,
duduk mengarang meniti masa.
Sudah ditadah kalih sebelah,
bekasnya lebar kukuh sekata;
usah diendah sedih berpisah,
hanya sekadar jauh di mata.
Angkatlah kayu alih ke kubu,
tersekat kera hingga gelupur;
sudahlah ayu putih menggebu,
teramat mesra kata diatur.
Rintik di atap hujan mendabak,
carilah payung usah khuatir;
asyik menatap setianya ombak,
datang menggulung pecah di pasir.
Sepohon jati tinggi menjulang,
nampaklah dari di hujung kampung;
meronta hati rindu nak pulang,
setiap hari detik dihitung.
Periuk belanga barangan antik
Susun bersilang di atas kayu
Harapkan bunga menjadi putik
Kemarau panjang semuanya layu
Pelita talam kepalanya cayor
Rasanya sedap sudahlah tentu;
Seluruh alam digenangi ayor
Posmen tetap tiba di muka pintu.
Lenggang si Minah ramai tertarik,
sudah dicanang tanpalah ihsan;
pegang amanah posmen pun baik,
air bergenang bukan alasan.
Tumbuh semalu ubahkan temu,
penuhlah kaca sebelah kiri;
tidaklah malu tamakkan ilmu,
berbagai punca ilmu diberi.
sungguhlah cantik seloka tuan
penuh sindiran bergurau senda
Ayamlah katik rintik bercantum,
riuh melantun cela suara;
sudahlah cantik asyik tersenyum,
penuh bersantun kala bicara
Sajak hari guru 2017
SERUAN
Dua ribu tujuh belas
akhir dari sebuah awal
tahun penghabisan
sambutan hari guru
bersama kalian wahai anak-anakku..
Telah kuberi lantera
untuk terangi kegelapan.
Telah kutitiskan embun
pendingin jiwa.
Telah kuberi cangkul
menggali pengetahuan.
Telah kubuang sampah sarap
penghalang aliran ilmu.
Telah kuulang-ulang
mana warna yang indah mana garis yang lurus.
Telah kuingatkan di mana letaknya
kunci kejayaan itu.
Telah kucambah benih kusiram kubaja
biar bersemi segar.
Telah kuhulur galah
untuk menggapai bintang
Telah kuasahkan pedang
untuk pergi berjuang.
Telah kutunjuk haluan
untuk rebut pahala.
Teguran bukan marah
itulah mutiara dariku.
Perpisahan bukan pemutus
Silatulrahim
cuma jauh di mata.
Jadilah insan yang berilmu.
Jadilah insan yang berguna
Demi bangsa agama dan negara.
Yahti hayati
Simpang Pulai
2.5.2017
Sajak kehidupan #1
KASIHAN ABAH
Berpanas berhujan saban hari
kasihan abah! akhirnya
mata abah rosak
abah cuma mendengar suara kami.
Naik bukit turun bukit
berulang alik mengayuh basikal tua
Chemor Tanjung Rambutan
laluan itu saksi nyata
menghitung kayuhan abah
kasihan abah! akhirnya
kaki abah lemah
berpapah berpaut di bahu kami.
Sepasang tangan abah rigap menggunting
rambut pelanggan penduduk kampung
rambut pesakit Hospital Bahagia
menjala ikan di lombong tinggal
menyabit lalang di ladang tuan
menyangkul di tanah gersang
memegang hendal basikal
kasihan abah! akhirnya
tangan abah lemah
abah makan kami suapkan.
Kami 10 beradik warisnya abah
sentiasa insaf
keringat abah
mutiara untuk kami
pengorbanan abah
panduan kami
kesakitan abah kesakitan kami.
November 2013
abah tinggalkan kami
sebelum kami puas merawat abah
abah pergi dalam ratap tangis kami
pergilah dahulu kami kirimkan doa.
yahti hayati
Simpang Pulai
23.4.2017
Sajak kehidupan #3
POKOK GETAH TUA
Rumah usang
di tengah kebun kecil
keliling redup
matahari mengintai
di celah pohon getah tua tanpa saf.
Saban petang
bonda mengasah pisau torehan
esok usai solat subuh
berteman nyamuk dan agas
berkain batik lusuh
berkemeja lengan panjang
kasut selipar jepun
tin kosong jinjing di tangan
berdiri menjengket kaki
melangut mendongak pokok tua
menoreh dari pokok ke pokok
torehan ditarik rigap
getah sekerap sisa lelehan semalam
juga adalah wang
bonda menderaskan langkah demi masa
susu getah dari pokok tua
mengalir laju ke pancur
pot getah setia menanti
susu dipungut ,diproses ,dijemur
sebaris rapi.
Jualan getah keping kering adalah pendapatan
menokok belanja di sana sini
meneruskan hidup sekeluarga.
Layaklah bonda menerima anugerah Allah
anak - anak berjaya
pengorbanan bonda gigih membantu ayahanda.
Kini aku rindu pada letupan kecil buah getah
dari pokok getah tua
pecah bederai berserakan
dentingan menimpa atap zink.
arus pembangunan
mengambus lapangan angan
terbias diisi mimpi kita
membentangkan memori
pisau torehan,pot-pot getah, takung susu getah, mesin getah licin, mesin getah bunga,
menjunam hilang
pada bayang di gelap malam.
yahti hayati
Simpang Pulai
5 .5.2017
Friday, February 3, 2017
RENUNGAN
Dulu segalanya sedap
ikan bilis manis
ikan sardin merah
sedap makan begitu saja.
Dulu bebas berbasikal
kayuh bersaing
gelak ketawa
sekarang peluang sudah habis.
Barangkali
seleraku tersimpan
hanya yang ada
kenangan di ingatan.
Suatu hari
selera terhenti
kenangan luput
dan aku tidak bertanya bila.
yahti hayati
Chemor Perak
30.1.2017
#KaryaAseanGAKSAsajak
#KaryaAseanGAKSAyahti hayati
PERPISAHAN
Semalam kita berdua
hari ini aku sendirian.
Aku kegelapan
perpisahan ini sakit
tanpa reda
sakit bernanah pedih.
Seikhlas hati
sepenuh jiwa
kurelakan kau pergi dahulu.
Hari penghujungmu
adalah permulaan rinduku
ke hujung nyawaku.
yahti hayati
Chemor
4.2.2017
Sunday, January 29, 2017
RENUNGAN
Dulu segalanya sedap
ikan bilis manis
ikan sardin merah
sedap makan begitu saja.
Dulu bebas berbasikal
kayuh bersaing
gelak ketawa
sekarang peluang sudah habis.
Barangkali
seleraku tersimpan
hanya yang ada
kenangan di ingatan.
Suatu hari
selera terhenti
kenangan luput
dan aku tidak bertanya bila.
yahti hayati
Chemor Perak
30.1.2017
Dulu segalanya sedap
ikan bilis manis
ikan sardin merah
sedap makan begitu saja.
Dulu bebas berbasikal
kayuh bersaing
gelak ketawa
sekarang peluang sudah habis.
Barangkali
seleraku tersimpan
hanya yang ada
kenangan di ingatan.
Suatu hari
selera terhenti
kenangan luput
dan aku tidak bertanya bila.
yahti hayati
Chemor Perak
30.1.2017
Saturday, January 21, 2017
PENANTIAN
Hantar pesanan mahu berjumpa,
via adiknya nama dah lupa.
Kasut dijinjing jalan berlumpur,
bau selut bauan bercampur.
Angin bertiup sepoi bahasa,
letih menanti mula terasa.
Matahari miring sudah tegak,
angin berhenti rasa gelegak.
Orang dinanti di mana silap,
peluh di dahi tak larat nak lap.
Tempat bersandar semut dah datang,
konon menegur gigit seliang.
Masa terbuang alangkah sayang,
sekerat hari rugi melayang.
Balik ke rumah muka mencuka,
tentu pesanan tidak dibuka.
Nampak adiknya muka selamba,
bila ditanya katanya lupa.
yahti hayati
Simpang Pulai
21.1.2017
Hantar pesanan mahu berjumpa,
via adiknya nama dah lupa.
Kasut dijinjing jalan berlumpur,
bau selut bauan bercampur.
Angin bertiup sepoi bahasa,
letih menanti mula terasa.
Matahari miring sudah tegak,
angin berhenti rasa gelegak.
Orang dinanti di mana silap,
peluh di dahi tak larat nak lap.
Tempat bersandar semut dah datang,
konon menegur gigit seliang.
Masa terbuang alangkah sayang,
sekerat hari rugi melayang.
Balik ke rumah muka mencuka,
tentu pesanan tidak dibuka.
Nampak adiknya muka selamba,
bila ditanya katanya lupa.
yahti hayati
Simpang Pulai
21.1.2017
Thursday, January 12, 2017
#Event_Puisi_DSN
Tema. : kesetiaan
Judul. : SEMERBAK KASIH
Karya. : Yahti Hayati
Lebur aku dalam sepi
tangan kuhulur
mata bertentangan
redup mata tanda simpati
sepatah kata pendingin hayat.
Sepi kian rakus meratah
satu purnama berlalu
engkau menyepi
harapan musnah.
Satu hari nan syahdu
sepi itu larut
engkau menarik tanganku
rapat ke dadamu
peneman hidupmu.
Bertahun sudah kasih disemai
pernah dulu
tunas kasih seakan layu
duri-duri ceracak tajam
kau bajai penuh manja
berbekal sabar
itulah kau pendingin jiwaku.
Kini kasihmu segar menguntum
duri-duri tumpul
semerbak kasihmu wangi mengharum
sehari tanpa wangian itu
aku termangu rawan.
Ipoh
13.1.2017
Cc Rima Re
Tema. : kesetiaan
Judul. : SEMERBAK KASIH
Karya. : Yahti Hayati
Lebur aku dalam sepi
tangan kuhulur
mata bertentangan
redup mata tanda simpati
sepatah kata pendingin hayat.
Sepi kian rakus meratah
satu purnama berlalu
engkau menyepi
harapan musnah.
Satu hari nan syahdu
sepi itu larut
engkau menarik tanganku
rapat ke dadamu
peneman hidupmu.
Bertahun sudah kasih disemai
pernah dulu
tunas kasih seakan layu
duri-duri ceracak tajam
kau bajai penuh manja
berbekal sabar
itulah kau pendingin jiwaku.
Kini kasihmu segar menguntum
duri-duri tumpul
semerbak kasihmu wangi mengharum
sehari tanpa wangian itu
aku termangu rawan.
Ipoh
13.1.2017
Cc Rima Re
Subscribe to:
Posts (Atom)