Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Saturday, May 20, 2017

PANTUN PANTANG LARANG Bakul peram buah, tepi pagar bendang; bersiul dalam rumah, nanti ular datang. Cawan pecah empat, bini campak kuali; makan ubah tempat, nanti banyak bini. Jumpa burung nuri, denak tepi jerat; suka menyabung kaki, emak mati cepat. Geluk atas kapal, keli penuh bakul; duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul. Pokok pinang masak, kena naik bukit; tengok orang berak, mata naik ketumbit. Tepi jalan batas, ada pisang kaki; hari hujan panas, ada orang mati. Suka Teluk Rubiah, tebang anak pisang; rerama masuk rumah, orang nak datang. Keladi tepi alur, putat tepi paya; nyanyi di dapur, PANTUN PANTANG LARANG Bakul peram buah, tepi pagar bendang; bersiul dalam rumah, nanti ular datang. Cawan pecah empat, bini campak kuali; makan ubah tempat, nanti banyak bini. Jumpa burung nuri, denak tepi jerat; suka menyabung kaki, emak mati cepat. Geluk atas kapal, keli penuh bakul; duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul. Pokok pinang masak, kena naik bukit; tengok orang berak, mata naik ketumbit. Tepi jalan batas, ada pisang kaki; hari hujan panas, ada orang mati. Suka Teluk Rubiah, tebang anak pisang; rerama masuk rumah, orang nak datang. Keladi tepi alur, putat tepi paya; nyanyi di dapur, dapat laki tua. Anak puyuh mati, tekukur dalam lau; tidak basuh kaki, tidur malam mengigau. “PANTUN PUSAKA BANGSA” PAUZI MOHD ISA, SMJK Choong Hua, 35500 Bidor, Perak. 10.2.2013(Ahad), Jam, 10,00 malam.Mesjid di tengah Banda Acheh.Masjid Raya Baiturrahman

Friday, May 19, 2017

DUSUN TINGGAL Tanah dusun sekangkang kera bertukar tangan harga berbelas ribu bukan ranjau halangan asalkan impian jadi kenyataan kepingin bercucuk tanam memetik hasil nan ranum menunggu durian berdaun luruh. Tenaga muda gagah perkasa semangat merah jingga habis diguna melupus tebas merumput mencantas pokok-pokok liar menyembah kulit bumi. Menghijau durian, rambutan, pulasan, cempedak dan nangka dikecap bagai di taman maya Kini tenaga terarah mengalah hasil bertukar tangan kera-kera kelaparan dusun tinggal merimbun belukar rimba dikeliling kehijauan ladang sawit menyumbang sesama makhluk Allah. yahti hayati Simpang Pulai 28.4.2017

Wednesday, May 10, 2017

Putik kelapa jatuh ke paya, kena reciknya di hujung tandu; hendak berjumpa apakan daya, di alam maya kubalut rindu. Riuh ketitir singa mengintai, itik mengalah mengah menyelam; jauh terpinggir bunga teratai, cantik menyerlah di tengah kolam. Bertih secupak terung jerangau, letak di balai tolong masakkan; putih melepak si burung bangau, melayap longlai mengintai ikan. Keluar naning tika merintih, bertambah ranggi terkena tebak; cempaka kuning cempaka putih, pohonnya tinggi harum semerbak. 11. 5 .2017
DUSUN TINGGAL Tanah dusun sekangkang kera bertukar tangan harga berbelas ribu bukan ranjau halangan asalkan impian jadi kenyataan kepingin bercucuk tanam memetik hasil nan ranum menunggu durian berdaun luruh. Tenaga muda gagah perkasa semangat merah jingga habis diguna melupus tebas merumput mencantas pokok-pokok liar menyembah kulit bumi. Menghijau durian, rambutan, pulasan, cempedak dan nangka dikecap bagai di taman maya Kini tenaga terarah mengalah hasil bertukar tangan kera-kera kelaparan dusun tinggal merimbun belukar rimba dikeliling kehijauan ladang sawit menyumbang sesama makhluk Allah. yahti hayati Simpang Pulai 28.4.2017
SAJAK KEHIDUPAN #5 BUNGA KANTAN TANDA INGATAN Rumah sebuah di Taman Bunga Raya rumah lama baru dibeli hijauan semak tidak terkata Di belakang rumah rumpun lalang tumbuh rapat dan liar kaca dan besi buruk bertaburan menjadi objek pasak kukuh sampah Mujurlah seorang hamba Allah menawarkan diri sebagai pembantu membida kebersihan Terlaksanalah sebuah jilid impian di belakang rumah siap bertebas tanah hitam pun digembur bertokok benih pokok-pokok kantan Suatu petang gemilang penuh cermat anak kantan dialih bimbangkan akar rambut nan halus terhimpit putus Lapan bulan berlalu kudup bunga kantan ceracak segar kian mengembang memerah perlahan bertukar merah terang Cantik dipandang mata indah di hati pokok kantan terus berbunga yang lama bertukar baru menyapa rasa hati tetamu bertandang Pokok kantan hijau sepanjang musim hayat membilang tahun merelakan penanam pokok pergi dahulu kumenoleh kenang tanda ingatan yahti hayati Simpang Pulai 9.5.2017

Friday, May 5, 2017

Sajak kehidupan #4

Sajak kehidupan #4 RINDU AROMA KEMANGI Ketika aku pulang ke desa kenduri di rumah paman terpesona aku menatap pokok kemangi segar di taman herba setangkai bunga kering kemangi kupetik untuk kubawa pulang paman mengerlingku senyumnya sinis. Sebaris pokok kemangi kutanam di dalam pasu tepi jendela setiap hari kemangi kubelai kujaga akhirnya pokok kemangi hidup subur menyuntik semangat baru pembekal daun kemangi. Pucuk kemangi beraroma unik harumnya menggugah seleraku semasa aku remaja sambal tumis ikan bilis ulam pucuk kemangi hidangan sarapan pagi setiap hari. Kini aku cari kembali pucuk kemangi nan wangi untuk kuubati sakitku ini. sakit rindu aroma kemangi. yahti hayati Simpang Pulai 6.5.2017

Thursday, May 4, 2017

KOLEKSI PANTUN

Asingkan padi suku tertumpah, bibi dimarah jelir melawan; hujan tak jadi diriku basah, pergi mencurah air tempayan. Pinjamkan kendi sangkunya merah, lima bertatah bertambah padan; hujan tak jadi dirinya basah, Tok ma melatah tersimbah badan. Hambat serati melangkau pagar, angguk merata dari semalam; tertambat hati hijau nan segar, penyejuk mata penyeri alam. Helah pemburu simbat diganti, hanya merintang sebelah denai; pastilah biru menambat hati, warnanya tenang nampaklah damai. Hambat serati melangkau pagar, masuk merata mencari kolam; tertambat hati hijau nan segar, penyejuk mata penyeri alam. Belut disalai cantaslah buluh, lidi dikerat cucuk bertiga; rambut sehelai dibelah tujuh, menjadi sirat untuk ke syurga. Borong ketutu belilah lala, sekati kerang serta haruan; berbohong itu amatlah cela, kaki temberang kata gelaran. Pelbagai umbut berserta kailan, terong kematu samalah timbang; bagai disebut kata bidalan, berbohong itu lidah bercabang. Ikan siakap ikan tenggiri, buatlah gulai sayur peria; abaikan sikap pentingkan diri, itulah nilai jujur mulia, Pekaka mara dengan tempua, kumbang mengikut sipi melintang; rangka segera pelan kedua, bimbang melukut di tepi gantang. Nampaklah ngeri pahat dibaling, syarat saringan sebelah hulu; sedarlah diri lihat keliling, buat pusingan jikalah perlu. Tajamnya golok dari gergaji, simpan di sini yakin teratur; andainya esok mungkiri janji, harapan ini tak mungkin lebur. Pergi berkuda tercalar duri, hasrat nan murni berteman bayu; selagi ada sinar mentari, harapan ini tidakkan layu. Riuhlah pegar jalan ke huma, kiri dan kanan sepakat hadir; adalah wajar bidalan lama, beri ingatan hakikat takdir. Pergi berkuda tercalar duri, hasrat nan murni hendak merayu; selagi ada sinar mentari, harapan ini tak akan layu. Menanti feri rasalah gundah, menyambut pulang paman dan kawan; hati sendiri usah diendah, rebut peluang raikan rakan. Ikan gelama kelah sejajar, sama dibelah berilah jiran; bidalan lama adalah wajar, cuma janganlah salah tafsiran. Sabut dikirai hinggalah lejuh, serbuknya sarat timbang bertiga; rambut sehelai dibelah tujuh, saiznya sirat imbang ke syurga. Duri seruntun merempang tanda, cungkil seruang beralas daun; mari berpantun berlapang dada, ambil peluang berbalas pantun Atur pelita sebaris jelas, menuju dusun rakan kenalan: tutur dan kata halus beralas, cantik bersusun kata bidalan. Pekaka mara dengan tempua, kumbang mengikut sipi melintang; rangka segera pelan kedua, bimbang melukut di tepi gantang. Bajulah rintik kainlah merah, renda sebelah dipandang ranggi, biarlah titik janganlah tumpah, mereda resah orang yang rugi. Sungguhlah santun si gadis kampung, jalannya lurus elok bersanggul; "Berbalas Pantun " beri pelampung, tidaklah terus tenggelam timbul. Hujan gerimis rintik di kuala, sahingga lesu hendak memburu; bersebab titis setitik nila, sebelanga susu bertukar biru. Lokan diganti dengan siakap, jatuh berderai sayup meredam; lembutkan hati ubahlah sikap, nescaya lerai segala dendam. Masaklah kubis selepas kailan, sesenduk kerang jadi perasa; setelah habis tugas harian, duduk mengarang meniti masa. Sudah ditadah kalih sebelah, bekasnya lebar kukuh sekata; usah diendah sedih berpisah, hanya sekadar jauh di mata. Angkatlah kayu alih ke kubu, tersekat kera hingga gelupur; sudahlah ayu putih menggebu, teramat mesra kata diatur. Rintik di atap hujan mendabak, carilah payung usah khuatir; asyik menatap setianya ombak, datang menggulung pecah di pasir. Sepohon jati tinggi menjulang, nampaklah dari di hujung kampung; meronta hati rindu nak pulang, setiap hari detik dihitung. Periuk belanga barangan antik Susun bersilang di atas kayu Harapkan bunga menjadi putik Kemarau panjang semuanya layu Pelita talam kepalanya cayor Rasanya sedap sudahlah tentu; Seluruh alam digenangi ayor Posmen tetap tiba di muka pintu. Lenggang si Minah ramai tertarik, sudah dicanang tanpalah ihsan; pegang amanah posmen pun baik, air bergenang bukan alasan. Tumbuh semalu ubahkan temu, penuhlah kaca sebelah kiri; tidaklah malu tamakkan ilmu, berbagai punca ilmu diberi. sungguhlah cantik seloka tuan penuh sindiran bergurau senda Ayamlah katik rintik bercantum, riuh melantun cela suara; sudahlah cantik asyik tersenyum, penuh bersantun kala bicara

Sajak hari guru 2017

SERUAN Dua ribu tujuh belas akhir dari sebuah awal tahun penghabisan sambutan hari guru bersama kalian wahai anak-anakku.. Telah kuberi lantera untuk terangi kegelapan. Telah kutitiskan embun pendingin jiwa. Telah kuberi cangkul menggali pengetahuan. Telah kubuang sampah sarap penghalang aliran ilmu. Telah kuulang-ulang mana warna yang indah mana garis yang lurus. Telah kuingatkan di mana letaknya kunci kejayaan itu. Telah kucambah benih kusiram kubaja biar bersemi segar. Telah kuhulur galah untuk menggapai bintang Telah kuasahkan pedang untuk pergi berjuang. Telah kutunjuk haluan untuk rebut pahala. Teguran bukan marah itulah mutiara dariku. Perpisahan bukan pemutus Silatulrahim cuma jauh di mata. Jadilah insan yang berilmu. Jadilah insan yang berguna Demi bangsa agama dan negara. Yahti hayati Simpang Pulai 2.5.2017

Sajak kehidupan #1

KASIHAN ABAH Berpanas berhujan saban hari kasihan abah! akhirnya mata abah rosak abah cuma mendengar suara kami. Naik bukit turun bukit berulang alik mengayuh basikal tua Chemor Tanjung Rambutan laluan itu saksi nyata menghitung kayuhan abah kasihan abah! akhirnya kaki abah lemah berpapah berpaut di bahu kami. Sepasang tangan abah rigap menggunting rambut pelanggan penduduk kampung rambut pesakit Hospital Bahagia menjala ikan di lombong tinggal menyabit lalang di ladang tuan menyangkul di tanah gersang memegang hendal basikal kasihan abah! akhirnya tangan abah lemah abah makan kami suapkan. Kami 10 beradik warisnya abah sentiasa insaf keringat abah mutiara untuk kami pengorbanan abah panduan kami kesakitan abah kesakitan kami. November 2013 abah tinggalkan kami sebelum kami puas merawat abah abah pergi dalam ratap tangis kami pergilah dahulu kami kirimkan doa. yahti hayati Simpang Pulai 23.4.2017

Sajak kehidupan #3

POKOK GETAH TUA Rumah usang di tengah kebun kecil keliling redup matahari mengintai di celah pohon getah tua tanpa saf. Saban petang bonda mengasah pisau torehan esok usai solat subuh berteman nyamuk dan agas berkain batik lusuh berkemeja lengan panjang kasut selipar jepun tin kosong jinjing di tangan berdiri menjengket kaki melangut mendongak pokok tua menoreh dari pokok ke pokok torehan ditarik rigap getah sekerap sisa lelehan semalam juga adalah wang bonda menderaskan langkah demi masa susu getah dari pokok tua mengalir laju ke pancur pot getah setia menanti susu dipungut ,diproses ,dijemur sebaris rapi. Jualan getah keping kering adalah pendapatan menokok belanja di sana sini meneruskan hidup sekeluarga. Layaklah bonda menerima anugerah Allah anak - anak berjaya pengorbanan bonda gigih membantu ayahanda. Kini aku rindu pada letupan kecil buah getah dari pokok getah tua pecah bederai berserakan dentingan menimpa atap zink. arus pembangunan mengambus lapangan angan terbias diisi mimpi kita membentangkan memori pisau torehan,pot-pot getah, takung susu getah, mesin getah licin, mesin getah bunga, menjunam hilang pada bayang di gelap malam. yahti hayati Simpang Pulai 5 .5.2017