Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
About Me
Saturday, June 11, 2011
MALUNGUN
Telaga mata kian gersang
tiada manik terurai lagi
tiada cahaya tiada sinar
segalanya kerana rinduku
rindu ku
membalut iseluruh jiwaku
setiap detik
bergetaran
dalam tidur
dalam jaga
adakalanya rindu ku membalut tubuhku
menjadi selimutku tika kedinginan
rindu ku
seakan mencengkam jasad ini
seakan menguncup
menjadi susut
menadi lesu
pun begitu
Ku belai rinduku
ada kamar rindu dihati ku
agar tidak mengundang cemar
agar jiwa ku tidak hambar
dalam keganasan isi alam
yang bisa mengubah rindu
menjadi dendam
rinduku
bertahta dalam diriku
rinduku tidak pernah layu
ada berita dari kawan
rindu ku akan terubat
andai aku kekal begini
rindu mu akan terbenam
andai ku ada pengganti
Friday, June 10, 2011
TENTANG KITA
Andai kau bisa memahamiku
Dan andai kau mengerti
Semua isi hatiku
Mungkin kau akan temukan
Sebuah kisah dilubuk hatiku
Kisah yang tak pernah bisa berganti
Ya itu kisah tentang kita
Beribu pulau telah kulalui
Bermacam orang telah aku temui
Berbagai kota telah aku singgahi
Namun tak bisa gantikan kisah ini
Kisah tentang perjuangan cinta sejati
Yang pernah singgah walau sementara
Namun sampai kini masih tersimpan utuh buat selamanya
Dan tak tahu bila akan sinarnya
Dari lubuk dan sanubariku
Walau engkau tak pernah tahu
Namun aku ingin kisah itu selalu ada
Walau hanya sebagai kenangan
Tapi yang pasti
Semua tentang kita hanyalah
Tinggal memori semata suamiku
suami tersayang
Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerana aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah
Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cinta
Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu
Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri
Suamiku
Su ka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu
Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas
Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..
Wednesday, May 25, 2011
Anak-anak ku…
Sekian lama sudah
Pahit getir …susah senang telah dilalui
Untuk Hari-hari yang mendatang
Ayuh kita akan teruskan
Bersama semangat membara
Berpaksi kan pesanan-pesanan yang kita telah diwarisi
Keaqwaan
Kujujuran
Keluhuran
Keikhlasan
Dan kelembutan hati
Pada Nya kita mohon perlindungan
padaNya kita berserah
dalam mewarnai hidup kita ini…
Saturday, May 7, 2011
pesanan
Anak-anak ku…
Sekian lama sudah
Pahit getir …susah senang telah dilalui
Untuk Hari-hari yang mendatang
Ayuh kita akan teruskan
Bersama semangat membara
Berpaksi kan pesanan-pesanan yang kita telah diwarisi
Keaqwaan
Kujujuran
Keluhuran
Keikhlasan
Dan kelembutan hati
Pada Nya kita mohon perlindungan
padaNya kita berserah
dalam mewarnai hidup kita ini…
Sunday, March 13, 2011
senja
senja itu...
angin berhenti berhembus
camar-camar hinggap di dahan
air sungai seakan enggan mengalir
senja nan merah itu
menyaksikan pemergianmu
kau ku tinggalkan bersemadi di senja itu
kerna kita kini di alam yang berbeza
Senja penghabisan kau itu
adalah adalah permulaan rinduku
yang tiada bernokhtah.
angin berhenti berhembus
camar-camar hinggap di dahan
air sungai seakan enggan mengalir
senja nan merah itu
menyaksikan pemergianmu
kau ku tinggalkan bersemadi di senja itu
kerna kita kini di alam yang berbeza
Senja penghabisan kau itu
adalah adalah permulaan rinduku
yang tiada bernokhtah.
Saturday, January 15, 2011
Apa dah jadi
Ingin aku bersembang sedikit mengenai pengalaman aku pada setiap hari Jumaat. Sembang ku ini tidak menyentuh mana-mana pihak tetapi cuma ingin bersembang apa dah jadi.
Pada setiap hari Jumaat masa umat Islam menunaikan solat Jumaat ada pelanggan-pelanggan lelaki Islam dengan selambanya menunggu giliran untuk mendapat perkhidmatan di kaunter tempat aku bertugas.Pejabat tempat aku bertugas ini lebih kurang 200 meter jauhnya dengan Mesjid Jamek Chemor.
Pada setiap hari Jumaat masa umat Islam menunaikan solat Jumaat ada pelanggan-pelanggan lelaki Islam dengan selambanya menunggu giliran untuk mendapat perkhidmatan di kaunter tempat aku bertugas.Pejabat tempat aku bertugas ini lebih kurang 200 meter jauhnya dengan Mesjid Jamek Chemor.
Apa dah jadi pada lelaki-lelaki beragama Islam ini? Di wajah mereka tiada lansung gelisah mendengar azan dari Mesjid.Tujuh tahun dahulu aku bertugas ditempat yang sama tapi tak kan ada pelanggan lelaki Islam di kaunter. Itu dahulu......
Di corong radio sengaja aku perdengarkan siaran langsung solat Jumaat tetapi tiada apa kesan pada pelanggan-pelanggan lelaki Islam ini.Apakah kerana kurangnya dakwah ditempat mereka bertugas? apakah tiada dakwah dikawasan kediaman mereka?
Apa akan jadi sekiranya pelanggan-pelanggan yang aku terang kan tadi semakin ramai pada setiap Jumaat.
Ya Allah buka lah pintu hati setiap umat Islam untuk mentaati perintah Mu ya Allah.....Ameen....
Subscribe to:
Posts (Atom)




