PESANAN AYAH BONDA
Marah merah menyala
memijar di unggun nafsu
dua hati kian menjauh
mangsa seringai gerenyot
di lubuk hati cemas menghayun.
Aduhai
pakukan kembali titian herot
bentangkan kembali permaidani usang
agar laluan kekal berzaman.
Yahti hayati
Chemor
6.4.2016
Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
About Me
Wednesday, April 6, 2016
Friday, November 13, 2015
PERTEMUAN
Jangan engkau lupakan aku
kudakap badanmu yang dedar
tanganmu kulepaskan.
Empat puluh tahun berlalu
jejak demi jejak
alam maya menautkan kita
benar engkau tidak lupakan aku
kita saling menyapa
tulisanmu gaya bahasamu
nyata bagai dulu.
Ingin sekali bersua
menatap wajah manjamu
suatu hari aku akan datang.
27 Muharam aku datang
wajah manjamu berselimut
selendang putih
engkau tidak lagi tersenyum.
Yahti Hayati
13 November 2015
Simpang Pulai.
Jangan engkau lupakan aku
kudakap badanmu yang dedar
tanganmu kulepaskan.
Empat puluh tahun berlalu
jejak demi jejak
alam maya menautkan kita
benar engkau tidak lupakan aku
kita saling menyapa
tulisanmu gaya bahasamu
nyata bagai dulu.
Ingin sekali bersua
menatap wajah manjamu
suatu hari aku akan datang.
27 Muharam aku datang
wajah manjamu berselimut
selendang putih
engkau tidak lagi tersenyum.
Yahti Hayati
13 November 2015
Simpang Pulai.
Thursday, November 5, 2015
BUNGA TERATAI #1
Di cerah pantai terserlah alam,
Sampai ke malam larut bersemi;
Indah teratai megah di kolam,
Tangkai terbenam di perut bumi.
BUNGA TERATAI #2
Mangga berjuntai ladang sebelah,
Campak ke pagar terkena bata;
Bunga Teratai kembang menyerlah,
Kelopak segar persona mata.
BUNGA TERATAI #3
Hembusan angin baun terjuntai,
Terkenang syair hendak kupesan;
Lapisan lilin daun teratai,
Bergenang air tidak berkesan.
BUNGA TERATAI #4
Keranji pantai sering berkabus,
Siat kembili ijuk bertindan;
Biji teratai kering direbus,
Khasiat asli penyejuk badan.
BUNGA TERATAI #5
Baun terjuntai jamur sepiring,
Padi semaian ramu serasi;
Daun teratai di jemur kering.
Jadi ramuan jamu tradisi.
BUNGA TERATAI #6
Segar seuntai benih kerubut,
Tepian kali di paya sena;
Akar teratai direneh lembut,
Sajian asli budaya Cina.
BUNGA TERATAI #7
Terjuntai nyiru kena ke lahan,
Punggahlah rami setara rupal;
Teratai biru bunga pilihan,
Bungalah resmi negara Nepal.
BUNGA TERATAI #8
Keranji pantai leber dikaral,
Isinya sedap ketara keras;
Biji teratai sumber mineral,
Gizinya lengkap setara beras.
BUNGA TERATAI #9
Mangga terjuntai balik sekoci,
Busi di paya sama terhidu;
Bunga teratai simbolik suci,
Fungsi budaya agama Hindu.
BUNGA TERATAI #10
Rarau di rimba celah kepaya,
Bayu di pantai berbisik merdu;
Kemarau tiba keringlah paya,
Layu teratai di tasik madu.
Di cerah pantai terserlah alam,
Sampai ke malam larut bersemi;
Indah teratai megah di kolam,
Tangkai terbenam di perut bumi.
BUNGA TERATAI #2
Mangga berjuntai ladang sebelah,
Campak ke pagar terkena bata;
Bunga Teratai kembang menyerlah,
Kelopak segar persona mata.
BUNGA TERATAI #3
Hembusan angin baun terjuntai,
Terkenang syair hendak kupesan;
Lapisan lilin daun teratai,
Bergenang air tidak berkesan.
BUNGA TERATAI #4
Keranji pantai sering berkabus,
Siat kembili ijuk bertindan;
Biji teratai kering direbus,
Khasiat asli penyejuk badan.
BUNGA TERATAI #5
Baun terjuntai jamur sepiring,
Padi semaian ramu serasi;
Daun teratai di jemur kering.
Jadi ramuan jamu tradisi.
BUNGA TERATAI #6
Segar seuntai benih kerubut,
Tepian kali di paya sena;
Akar teratai direneh lembut,
Sajian asli budaya Cina.
BUNGA TERATAI #7
Terjuntai nyiru kena ke lahan,
Punggahlah rami setara rupal;
Teratai biru bunga pilihan,
Bungalah resmi negara Nepal.
BUNGA TERATAI #8
Keranji pantai leber dikaral,
Isinya sedap ketara keras;
Biji teratai sumber mineral,
Gizinya lengkap setara beras.
BUNGA TERATAI #9
Mangga terjuntai balik sekoci,
Busi di paya sama terhidu;
Bunga teratai simbolik suci,
Fungsi budaya agama Hindu.
BUNGA TERATAI #10
Rarau di rimba celah kepaya,
Bayu di pantai berbisik merdu;
Kemarau tiba keringlah paya,
Layu teratai di tasik madu.
Tuesday, September 22, 2015
Saturday, September 5, 2015
GURINDAM ANGKARA
Angkara dendam tebal di dada
adap bercakap sudah tiada
Angkara sengketa sekian lama
habis semua dalam dilema
Angkara gagal menuntut bela
garam yang masin disangka gula
Angkara salah buat ramalan
air dibuang tinggal tempayan
Angkara gairah menabur fitnah
rasa resah kerana bersalah
Angkara benci melihat musuh
atur strategi hingga ke subuh
Angkara ego sudah melekat
pantang ditegur marah mengelejat
Monday, August 24, 2015
Pindaan prosa
HAIBUN #1
November
November datang dan pergi.Peristiwa itu masih memalut di fikiranku.Puas juga kucantas kukikis kubuang namun palutannya semakin liar.
Hari itu hari Rabu 25.11.2009 bersamaan 8 Zulhijjah 1430 pagi itu segar .Seperti biasa kami berkongsi kereta ke pejabat masing-masing sampai di Pejabat Pos Chemor aku turun dahulu.Aku membuka pintu pejabat terkial-kial maklumlah pejabat baru dia mengekori aku dari belakang memanggil namaku . Aku menoleh dalam sengih aku menghulurkan tangan bersalam dengannya. Kali ini renungannya tepat mataku dan matanya bertentang genggamannya kemas dan rapat seakan melekat.
Sedang aku asyik dalam urusniaga kira-kira jam sebelas pagi aku di kehendaki datang segera ke klinik Ng di pekan Chemor kira-kira 300 meter dari tempat kubertugas.Dari jauh aku dilambai - lambai oleh kakitangan klinik aku berlari pantas tanpa mempedulikan orang keliling.
Di Klinik suasana tegang Doktor berulang kali memanggil nama suamiku sambil memberi rawatan kecemasan.Apalah dayaku melainkan bertenang kurangkul tubuh suamiku dan kupangku sepanjang perjalanan ke hospital kubisik kalimah syahadah berulangkali.
Tubuhnya kurasa semakin berat nafasnya kian perlahan.Namun kuletakkan harapan setinggi Kinabalu agar dia membuka mata untukku buat kali terakhir.
Di hospital aku menunggu penuh resah bumi tempat berpijak kurasa lembut.Akhirnya aku dipanggil oleh Doktor Yeoh Kok Ming memaklumkan bahawa suami ku gagal di selamatkan.
Apalah dayaku melainkan pasrah dan menerima dengan tenang.Urusan pengebumian dibuat selepas asar.
Masih segar dalam ingatan ketika
kali terakhir kucium pipinya yang dingin kuucapkan kepadanya,
"pergilah dahulu perpisahan sudah tiba"
akhir November
hembusan nafas akhir
sirna abadi

Subscribe to:
Posts (Atom)