Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Friday, August 26, 2011

Ingin

Ingin

Ingin ku ulangi suasana lalu
Kepingin ku bukan kepalang…
Hadir bagai dulu
Bermesra sesama mereka

keinginan itu telah merekah
Lalu hapus terbenam

Kemana nak ku hempas beban rasa ku
Kemana nak ku bawa hati yang lara

Cuba ku berpaut pada daun yang merimbun
Namun rantingnya tak tercapai tangan

27 Ogos 2011

Saturday, August 13, 2011

Terpenjara


Kau bisikkan nafas cinta di kalbuku
Buat membalut laraku
Kau alunkan irama cinta yang gemersik
Buat membelai sebelum lena ku
Kau hulurkan tangan mu kepada ku
Menjadi perisai hidupku
Kau tiupkan nafas cinta
Pada bara cinta yang musnah
Lalu kini menjadi pelita dikamar rindu ku

Namun segalanya telah terpenjara
Lantaran selembar kasih yang dikongsi menginjak

Aduhai lihat lah pada keliling
Aduhai lihat lah sekeping hati yang kalian zalimi
Ia dipenjara
lantaran memungkiri setia
pada yang telah tiada…….

14 Ogos 2011

Saturday, August 6, 2011

Cinta yang terpadam


Langit cerah tiba-tiba gelap
Daun..daun hijau tiba-tiba layu
Layang-layang tiba-tiba putus talinya
pendayung tiba-tiba patah

Cinta nya terpadam tanpa pesan
Suatu perpisahan yang tidak dirancang
Lalu ia terapung bersama kerinduan
Terdampar dipinggiran

Semalam angin malam berdesir menyapa
seakan
menyapa kerinduan nya
memapah dirinya yang terdampar
mewarnai jiwanya
mengingati kenangan lalu bersama ia
angin malam berhembus lah
pada bara-bara cinta nya yang terpadam
agar menjadi obor cinta suci sepanjang zaman

6 Ogos 2011

Saturday, July 23, 2011

BARANGKALI




Barangkali kau terbawa gabus semangatku
Barangkali kau terbawa kunci pintu hatiku
Barangkali kau terbawa pena keramat ku

Hingga kini semangat ku terawang-awang
Hingga kini hatiku tidak terbuka
Hingga kini aku mencari pena keramat kita itu

Saban hari ku pujuk diri
Yang ada hanyalah air mata dan sesalan
Ada yang melihat betapa lebur hati ini
Tetapi tiada yang mengerti

Sebenarnya

Tanpa mu aku goyah
Tanpamu aku resah
Aku perindu yang tak bermaya

Adakalanya

Aku ke pelabuhan menanti giliran
kapan kah giliran untuk ku?

Dikir Perak Supervisory




DIKIR PERAK SUPERVISORY

Selamat sejahtera tuan dan puan
Kiri dan Kanan belakang depan
Sepuluh jari kami menyusun
Kalau tersilap nak minta ampun

eeewah.....

MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU


Kami belajar Supervisory
Dapat ilmu dari profesor KB
Belajar ke arah trans fo ma si
Harap harap ia menjadi

EEEWAH...


ARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU


Kita leader kene merancang
Nilai bersama wajib amalkan
Kemunicate dengan pelanggan
Pasti kita dapat pulangan

Eeewahhhh

MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU

Eeewahhhh


Jujur amanah sifat mulia
Sanggup belakang segala-gala
Nasib Pos Malaysia di bahu kita
Ada tetamu adalah niaga
Eeewahhhh


MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU



Nilai sikap amalan budaya
Hendaklah disemai dihati kita
Moga pos Malaysia Maju jaya
Kita semua dapat ganjaranya

Eeewahhhh


MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU


Eeewah

MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU

Eeewahhhh

Jika timbul sebarang konflik
Kita selesai dengan teliti
Gunakan EQ jangan panic
Tidak lah bali satu pagi

Eeewah

MARI..MARI..MARI..KITA SEMUA
PAKAT PAKAT SENYUM PADA TETAMU
CARI PITIH MERATA PUNCA
DAPAT BONUS SENANG HATI KU



Ilmu KB lengkap lah sudah
Segala ilmu ada didada
Intai lah kami pabila berpisah
Agar dihati berpisah tiada



Tukang karut:_

Puan Nurruzida Bt Abd Baheer
Pengurus Cawangan Sitiawan

Di iringi oleh
Peserta kursus Supervisory siri

Saturday, July 16, 2011

kejayaan Ilham yang mengilhamkan


""Alhamdulillah, ham da check result final sem,
Hasilnya dpt 4-flat
overall CGPA 3.80
conclusion - Anugerah Naib Canselor
Impian straight dekan akhirnya tercapai, syukur Alhamdulillah kpd Allah. berkat doa mak & keluarga semua.. :)"

Berbunga-bunga hati ini membaca catitan dari anak lelaki bongsu ku ....bangga ..seronok...perut ku terasa sejuk  cuma terisi satu kesedihan yang tidak dapat aku tulis kan isi-isinya.

Aku merasakan Ilham telah mengilhamkan aku banyak ilham untuk meneruskan hidup ini.Perjalanan yang tidak tahu bila penghujungnya.

 Cabaran...ancaman..masalah..satu persatu menyapa... seperti menguji diri ini.Tugas ku ialah membersihkan semua ini demi melindungi diriku untuk langkah-langkah seterusnya.


Saturday, June 25, 2011

RENYAI JIWAKU

Renyai hujan basahi aku
Temani sepi yang mengendap
Kala aku mengingatimu
Dan semua saat manis itu
Segala seperti mimpi
Kujalani hidup sendiri
Andai waktu berganti
Aku tetap tak akan berubah
Aku selalu bahagia
Saat hujan turun
Karena aku dapat mengenangmu
Untukku sendiri
Selalu ada cerita
Tersimpan di hatiku
Tentang kau dan hujan
Tentang cinta kita
Yang mengalir seperti air
Aku bisa tersenyum
Sepanjang hari
Karena hujan pernah menahanmu disini
Untukku