HAIBUN #3
TAJUK : SEBALDI AIR
Kisah ini berlaku pada tahun 1967 empat puluh lapan tahun yang lalu.Umurku baru sepuluh tahun hidup di Kampung Tembok Baru Chemor. Kampung ini tiada kemudahan asas. Sumber tenaga lampu minyak tanah.Bekalan air dari air telaga.Masak memasak menggunakan dapur kayu.
Menjelang malam aku menolong bonda mengangkut kayu api ke bawah dapur air tempayan diisi penuh dan sebaldi air untuk berwuduk.Lampu pelita diisi minyak tanah . Jikalau perlu diganti sumbu dengan tali guni.
Selesai solat magrib aku abang dan empat adik-adikku makan malam menggunakan pelita berkaki yang diletak di atas tin susu agar cahaya lebih melebar.
Kucing-kucing peliharaan bonda, turut serta mengelilingi kami makan.Salah seekor kucing ini pergi ke tengah hidangan.Kami membiarkannya kerana kucing itu cacat kami namakan si Buta ibunya si Chandu bulunya belang tiga.
Berselera sungguh kami makan tangan bersimpang siur mencapai lauk pauk.Tiba-tiba adikku yang kedua, tersinggung lampu pelita untuk mencapai ikan goreng yang jauh sikit dari pinggannya lalu jatuh menimpa badan si Buta.Kami lima beradik menjerit sekuat hati bonda yang sedang menyusukan adik bongsu bingkas bangun. Adik bongsuku menangis kerana penyusuannya terganggu.Aku mendukung adikku bonda ke dapur mengambil sebaldi air mengejar si Buta yang lari kepanasan menjunjung api di tengkuknya.
"Allahuakbar!"
Bonda bertakbir sekuat hati dan mencurah si Buta dengan sekali curahan api di badan si Buta padam kerana curahan bonda tepat ke tengkuk si Buta.Allah maha besar telah menyelamatkan kami sekeluarga kerana si Buta telah menuju ke bilik tidur .
Kami semua dalam ketakutan menunggu abah balik dari mesjid sedang si Buta meraung kesakitan.
Tengkuk Si Buta yang melecup kami rawat dengan menaburkan serbuk kunyit di tengkuknya sahingga berparut.
si kucing buta
junjung nyalaan api
simbahan tepat
No comments:
Post a Comment