Haibun #4 - Yahti Hayati
.
GELOMBANG DEBAR
Hari itu hari Jumaat 25 Mac 2016, lenaku terganggu. Aku terjaga, jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Pintu kamarku diketuk.
Anakku memberitahuku. "Nyah, rasa sakit pinggang dari tadi sekarang sudah ada tanda darah". Aku bingkas menyediakan persiapan ke klinik. Suaminya pulang dari tempat kerja. Debarku semakin kencang.
Malam esoknya, pada pukul tiga pagi menantuku menghubungiku, "Mak cepat datang! " suaranya cemas. Debarku makin kencang. Kami segera ke klinik bersalin lebih kurang 10 kilometer dari rumah anakku.
Perjalanan kami terganggu. Di kiri dan kanan berpuluh-puluh motor. "Ah....lumba haram!". Suamiku naik angin, aku membisu menenangkan gelombang debarku. Akhirnya kami terlepas dari kemelut lumba haram.
Di Klinik aku lihat anakku di pembaringan, cucuku di bawah jagaan jururawat. "Alhamdulillah!" keluar airmata gembira.
Aku hairan wajah menantuku masih cemas. "Mak, tadi Baiti bersalin di bilik air, 'baby' masuk dalam mangkuk tandas".
Mataku bulat, gelombang debar menjadi tsunami. "Masyallah!"
Aku langkahkan kakiku ke bilik cucuku yang sedang dirawat. Wajah cucuku comel menenangkan debarku. Aku bersujud syukur sepenuh hati aku.
hujung el-nino
bilik klinik bersalin
cucu kedua
No comments:
Post a Comment