Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
About Me
Wednesday, December 21, 2011
Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Saturday, 19 November 2011 at 15:44
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.
Sunday, December 11, 2011
PUISI BUAT KEKASIH
Andai saat ini
Ilahi memanggil ku kembali
Kuharap kau tabah menghadapi
detik detik dan liku hidup ini Kerana aku tak mungkin lagi berada disisimu
Aku tak lagi dapat mengusap wajah manja mu itu
Tak mungkin aku mampu lagi menggapai tangan mu
Apatah lagi untuk aku mencarik hati mu
dengan tinta-tinta kerinduan
Warkah-warkah kasih sayang
irama-irama kesyahduan
bait-bait puisi riang
dan baris-baris kenangan
Yang pernah kita simpulkan
sayang andai saat ini saat terakhir aku disisimu
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajah mu
Izinkan aku mencuit senyum manja
Izinkan aku selami hatimu
izinkan aku padam kan luka dijiwa mu
Biarkan sisa hidup ini dengan aku tabur setitik bahagia
agar kau tak kan mudah melupakan ku
Kau tak kan mudah tinggalkan cinta ku
Tak mudah kau usir rindu yang bertandang saat ini
biar ia menjadi sejarah yang tidak mungkin kau lupa
Cukup lah sahingga kau belum berpunya
sayang andai masa Sudah mengakhiri
andai saat yang dinanti tiba dihati
Ku harap kau rela membiar ku pergi
ku harap kau dicucuri rahmat dari ilahi
sentiasa bahagia dan hidup ceria
aku akan melihat kau dari jauh
jangan lupakan aku biar pun kau sudah berpengganti
hulurkan doa mu pada ku tiap malam
agar ku bisa mendengari lagi suara merdumu
hadiah kan ku bacaan yasin dan doa
setiap kali kau akhiri tuntutan mu sayang….
Monday, December 5, 2011
Kita sering bertanya, Quran Telah Menjawabnya...
- KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB :"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB :"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB :"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB :"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB :"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB :"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB :"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB :"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Surah Yusuf ayat 12
Petanda zahir jiwa kosong1.Kurang khusuk dalam ibadat khasnya solat.
2.Tiada berkesan dan terangsang apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran serta tazkirah.
3.Kurang berminat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang mengigatkan tentang akhirat.
4. Terlalu bermudah-mudah dalam perkara yang harus dansesetengah perkara syubahat.
5.Memilih masjid yang pendek solatnya dan khutubahnya.
8 PERKARA PERHIASAN BAGI 8 PERKARA
Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya: Ada 8 perkara merupakanperhiasan bagi 8 perkara iaitu:
1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.
2.Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberianadalah hiasan amalan baik.
3.Sabar adalah hiasan bala.
4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.
5.Lambat marah adalah hiasan ilmu.
6.Banyak menangis adalah hiasan takut.
7.Syukur adalah hiasan nikmat.
Saturday, December 3, 2011
Selamat tinggal
izinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu
bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita
sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi
JIKALAH DIBERI PILEHAN AKU TIDAK MAHU KAU TINGGALKAN
Kenapa Orang Melayu makan Dengan Tangan?
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama:
Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua:
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga:
Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........
Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begit
Monday, November 28, 2011
~Berubah~
Sempena tahun baru Hijrah 1433 yang baru saja bermula ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips berkesan untuk melakukan perubahan diri.
Lakukan 5 tips dibawah ini dengan istiqamah, insyaAllah saya yakin sesiapa saja mampu berubah menjadi lebih baik.
5 Tips Berkesan Untuk Berubah
| 1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman. |
| Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama. |
| 2. Lakukan secara perlahan-lahan. |
| Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. |
| 3. Lakukan perubahan pada masa sekarang. |
| Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. |
| 4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh. |
| Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. |
| 5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat. |
| Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi. |
Sunday, November 27, 2011
~REMANG REMANG SENJA~
Pada usia diremang remang senja..
Masih ada wajah wajah duka...
Yang menyilang tangan menyeka air mata..
Medesah hati dalam lara nya..
Tiada lagi makna dari kemanisan hidup..
Tiada lagi suara tawa ria..
Tiada lagi sapaan sayang dan rindu..
Tiada lagi tangan yang ingin memaut kasih.
Diri itu akhir nya..
Bagaikan daun daun muda...
Yang gugur sebelum tiba nya musim buah..
Yang tersimpuh rebah sendirian..
Yang akhir nya ia menjadi daun kering yang mengulug..
Terpintal pintal terbiar selama nya..
Lalu semakin kering dan pecah berserakan..
Lalu ia terbiar dan tak pernah berbekas tinggal.
Subscribe to:
Posts (Atom)







