- KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB :"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB :"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB :"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB :"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB :"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB :"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB :"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB :"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Surah Yusuf ayat 12
Petanda zahir jiwa kosong1.Kurang khusuk dalam ibadat khasnya solat.
2.Tiada berkesan dan terangsang apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran serta tazkirah.
3.Kurang berminat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang mengigatkan tentang akhirat.
4. Terlalu bermudah-mudah dalam perkara yang harus dansesetengah perkara syubahat.
5.Memilih masjid yang pendek solatnya dan khutubahnya.
8 PERKARA PERHIASAN BAGI 8 PERKARA
Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya: Ada 8 perkara merupakanperhiasan bagi 8 perkara iaitu:
1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.
2.Meninggalkan perbuatan mengungkit-ungkit pemberianadalah hiasan amalan baik.
3.Sabar adalah hiasan bala.
4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang menuntut ilmu.
5.Lambat marah adalah hiasan ilmu.
6.Banyak menangis adalah hiasan takut.
7.Syukur adalah hiasan nikmat.
Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
About Me
Monday, December 5, 2011
Kita sering bertanya, Quran Telah Menjawabnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment