Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Wednesday, December 21, 2011

Petanda Anda Sudah Jatuh Cinta

Cinta adalah naluri dan juga nafsu, dan otaklah yg mengawalnya. Sekali atau mungkin berapa kali dalam hidup, anda pasti akan merasa jatuh cinta. Namun, dari mana datangnya, bagaimana ia bermula dan kemana hilangnya, tidak ramai yg tahu secara pasti.
 Tidak ramai ahli psikiatri yg berminat dengan masalah cinta. Kerana ia dianggap begitu remeh, tidak penting dan terlalu misteri. Padahal pada saat kita sedang jatuh cinta, perjalanan hidup menjadi lebih indah, bersinar2 dan kita semakin bersemangat untuk hidup bersamanya.
 Jatuh cinta sebenarnya adalah sikap yg dewasa sama sekali. Bayangkan, anda tidak tahu apa2 tentang sidia itu, tetapi bila mula jatuh cinta, anda hanya memikirkan dirinya sahaja.Dari semua lelaki atau wanita yg anda temui, hanya ada seorang yg dapat membangkitkan rasa cinta anda terhadapnya. Semua ini menjadi satu tanda yg tercatat dalam diri anda dan anda menjadi sangat sensitif terhadapnya. Inilah biologi jatuh cinta.
 Jadi, apakah salah untuk jatuh cinta? Tidak, sebab cinta adalah anugerah ILAHI. Malah cintalah yg menjadikan hidup lebih bermakna. Akhirnya, cinta anda akan membawa kedestinasi kehidupan yg bahagia bersama sidia dan lahirkanlah anak2 yg mencintai anda sebagaimana anda mengasihi ibu bapa anda.
Namun cinta memang unik, datangnya kadang-kala tanpa kita duga, tau2 saja ia sudah berada didepan pintu hati kita. Namun ada beberapa perkara untuk mengenalinya termasuk:-
  • Anda berbual dengan sidia sampai lewat tengah malam, dan baru saja beberapa minit selepas anda putuskan talian, anda sudah kembali merinduinya.
  • Anda `save`message sidia, tidak mendeletenya, dan membaca sms sidia berulang2 kali, seolah2 masih ada ayat2 yg tersembuyi dari pandangan anda.
  • Bila berada bersama dengan sidia, anda berjalan sangat perlahan, tidak mahu cepat sampai ketempat tujuan, dan selalu ingin berada disisinya lebih lama lagi.
  • Anda menjadi seorang yg terlalu pemalu bila bersama dengan sidia (malu2 kucing gitu).
  • Bila anda memikirkan sidia, hati anda sentiasa berdebar2 dan jantung anda berdegup kencang (mengalahkan kereta F1 gitu).
  • Anda sering tersenyum lebar bila anda mendengar suara si dia, biarpun hanya lewat telefon.
  • Bila ada sesiapa membicarakan tentang hal sidia, anda akan terlalu fokus dengannya, sehingga tanpa sadar, anda memberhentikan kerja2 yg sedang anda lakukan.
  • Ketika anda melihat dia, tiada wajah lain lagi yg anda lihat disekeliling anda, hanya dia, dia dan dia (iskk kronik sungguh ni).
  • Anda mula melayan lagu2 sentimental, sambil membayangkan wajah sidia (termasuk lagu Ayat2 Cinta atau Kalau Bulan Bisa Ngomong ..he…he...) 
  • Anda hanya memikirkan tentang sidia saja…siang malam…pagi, petang (jangan lupa makan minum udahlah).
  • Anda berharap sangat agar sidia muncul dalam mimpi tidur anda.
  • Haruman semulajadi badannya sangat terkesan kepada anda…seolah2 dimana saja anda pergi bau itu menemani anda, dan membuat anda semakin merindui dia).
  • Anda sedar yg anda tiba2 tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak anda.
  • Anda sanggup lakukan apa saja untuk sidia, dan kalau ada orang lain yg mencaci dia, anda sanggup bergaduh dengan mereka kerana hal itu.
  • Ketika anda membaca artikel ini…hanya wajah sidia saja yg bermain dibenak anda (ha...ha.. dia la orangnya yg anda cinta tu.   

No comments:

Post a Comment