Oleh kerana itu, penting bagi suami atau isteri untuk saling memahami pekerjaan atau tugasan masing2. Kerana ada kerja yg memerlukan kita selalu berhubungan dengan banyak orang. Misalnya seorang PR (public relations) akan dituntut untuk berhubungan dengan semua orang. Dia harus melayani dan menerima tetamu syarikat dengan baik, tidak mengira jantina.
1. Cemburu itu belum tentu suatu kebetulan,
Tetapi hanya menginginkan kerinduan untuk disayang. Ini sering terjadi dalam kebanyakan pasangan. Ramai isteri atau suami yg dicemburui merasa muak, lalu suami atau isteri tersebut mula untuk marah2. Selalunya akan terjadi pertengkaran yg sengit diantara suami isteri. Akhirnya mereka hanya diam dan memendam. Hubungan suami isteri mula terasa dingin.
Tiada lagi gurau tawa. Padahal, jika diselidiki lebih jauh lagi, cemburu itu belum tentu wujud dari cemburu, tetapi pasangan suami isteri hanya rindu untuk disayang. Dia juga rindu untuk dibelai, disapa dengan kata2 lembut dan manis. Dengan demikian, kerinduan terhadap kasih sayang ini akan menimbulkan rasa cemburu. Apatah lagi jika pasangan suami isteri yg pada mulanya hangat, tetapi mendadak berubah hambar. Tentulah si isteri atau suami akan curiga, dengan kemungkinan adanya orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
2. Cemburu itu perlu, asalkan tidak buta.
Kerana cemburu itu wujud kasih sayang. Kerana cemburu yg berlebihan akan menimbulkan rasa tidak percaya pada pasangan. Pernahkah kita mendengar cemburu buta? Ertinya, cemburu yg tidak berdasarkan keadaan yg nyata. Asalkan ada sedikit isu, terus cemburu. Tanpa check atau recheck.
Nampaknya orang seperti itu mudah dipermainkan isu. Dengan kata lain, mereka hanya dipermainkan perasaannya, tiap waktu diumbang-ambingkan gelombang. Cemburu buta memang tidak berdasarkan data & fakta yg tepat, melainkan mainan andaian perasaan semata.
3. Cemburu itu menghilangkan kepercayaan diri.
Jika suami atau isteri cemburu, sedikit sebanyak dia telah kehilangan percaya akan dirinya. Sifatnya akan berubah menjadi kecemburuan yg luar biasa. Isteri atau suami menganggap dirinya merasa rendah apabila dibandingkan dengan pasangan ataupun si dia yg dicemburukan. Keadaan ini akan membuat suami atau isteri semakin tenggelam dalam kecemburuan.
4. Cemburu itu wujud perasaan takut kehilangan kasih sayang, cinta dan status.
Dalam hal ini, cemburu diisyaratkan sebagai ketakutan yg berlebihan. Cinta memang mempunyai kecenderungan untuk monogami sahaja. Ertinya, cinta itu enggan untuk dibahagi. Pembahagian cinta ibarat dengan penyelewengan. Mereka takut kehilangan yg paling berharga (suami/isteri/kekasih). Oleh kerana itu, wajar jika seseorang yg mempertahankan barang miliknya berupaya dengan segala cara dan upaya untuk tetap mempertahankannya.
5. Merasa senang dicemburui.
Bila suami atau isteri merasa senang dicemburui, itu bererti pertanda protes. Dia ingin menunjukkan bahawa dirinya mempunyai kelebihan. Tingkahlaku yg ditampilkannya merupakan untuk mencari perhatian dari suami atau isteri.
Dari semua jenis cemburu di atas, dapat dikesimpulan bahawa cemburu adalah salah satu ranjau perkahwinan. Cemburu adalah perkara normal pada setiap orang, selama cemburu itu masih dalam batas2 yg wajar dan rasional.
Cemburu dapat juga meningkatkan kualiti perkawinan, sehingga hubungan suami isteri semakin hangat dan mesra. Justeru itu, akan pelik bila suami atau isteri tidak mempunyai perasaan cemburu apabila melihat suami atau isetri dekat dengan seseorang. Itu bererti rasa cinta dan rasa memiliki dari suami atau isteri berkurangan, dan ini yg akan merosakan ikatan perkawinan. Dan yg terpenting, bagaimana kita mengolah cemburu itu jadi tenaga yg dapat memajukan perkawinan, bukan sebaliknya. Cemburu masih diperlukan, asalkan bertujuan untuk memupuk kasih sayang.
No comments:
Post a Comment