Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Saturday, January 28, 2012

Petanda Cinta Semakin Pudar




1. Sidia sering malas nak jawab telefon ... dalam banyak hal asyik cakap malas … malas … malasss aja … (nak mengelaklah tu hehehe)

2. Bila kamu ajak keluar, sidia asyik busy memanjang ... mengalahkan PM atau Presiden.

3. Sidia sudah mula pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati.

4. Sidia mula menggelakkan diri dari bejumpa.

5. Sidia dah tak kisah kalau tak jumpa pun ... sebulan x jumpa lagi bagus.

6. Bila janji dating, tapi lupa nak datang … alasan lapuk diberi … lupa atau tertidur.

7. Apa saja yg kita buat, semua dah tak betul dimata dia.

8. Dia nampak kelemahan2 kita lebih dari kebaikan2 kita.

9. Taip sms pun dah pendek2 aja.

10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” aja.

11. Memberi pelbagai alasan nak cover ... “awak nie terlalu baik untuk saya … saya tak layak untuk awak ...bla…bla…bla”… (masa ngorat/naksir kita dulu tak ada pulak timbul hal tu.

12. Bila ajak jumpa parent dia, macam2 cara dia cuba menggelak … busy, belum sampai masa ...bla …bla...bla …

13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau ada jodoh. Seing mengelak, tukar topic lain.

14. Dia dah tak kisah apa yg jadi pada kita.

15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu2.

16. Dengan orang lain dia boleh cakap masih ‘single’.

17. Mula2 dulu asal nak keluar dating aja mesti nak pakai baju matching ... sekarang dah takmau ... rimas atau malu kat orang katanya ...

18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata2 nak keluar dengan kita.. tapi sekarang dah terbalik ... selalu bagi alas an nak jumpa kawan.

19. Dulu boleh aja bergayut berjam2 ditelefon ... sekarang 5 minit pun susah ... katanya hp cepat panas atau lowbat.


Kalau anda sudah mengalami simptom2 sebegini …haaa hati2, itu tandanya hubungan percintaan anda dah nak expired lah tu ….

No comments:

Post a Comment