Assalamualaikum
Dulu kini dan selamanya
Ciri-ciri Lelaki Berakhlak
Ramai yg ingin mendapatkan pasangan yg berakhlak baik, terutama bila mahu mencari calon suami. Berikut beberapa tips yg bolih dipertimbangkan:-
✿~ Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yg sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
✿~ Akhlaknya baik, iaitu seorang yg nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yg lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yg mulia.
✿~ Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat2 yg boleh menjatuhkan kredibilitinya.
✿~ Amanah, tidak mengabaikan tugas yg diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
✿~ Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
✿~ Menjaga mata dengan tidak ghairah melihat perempuan lain yg lalu lalang ketika sedang bercakap2.
✿~ Pergaulan yg terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
✿~ Mempunyai rakan pergaulan yg baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama dengan sifat yg dimilikki individu.
✿~ Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
✿~ Wajah yg tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
p/s Tips ini juga boleh diguna pakai untuk memilih calon isteri ... Lelaki yg baik untuk wanita yg baik.
No comments:
Post a Comment