Assalamualaikum

Dulu kini dan selamanya

Saturday, December 31, 2011

Hidup ini

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Saturday, December 24, 2011

10 MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT




1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu sola
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatiha).
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang membelanjakan harta (infak).
9. Orang yang sedang makan sahur.
10. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Thursday, December 22, 2011

MULHIM MASIH MENDATANGI




Sakit!!..

Terhenjut-henjut kaki ini...menggelitis laksana ayam disembelih!
terangkat-angkat hingga bahagian lutut..kemudian terhenti langsung kaku.
Kemudian pinggang dan punggung bagai disentak-sentak,
erangan suara bagaikan lembu dikorbankan.
Dadaku berombak, sedang tangan tergapai-gapai bagaikan kelemasan tiada udara.
kemudian semuanya terhenti mengejut dan daging tubuh membiru.
 Suara meneran, tersangkut di kerongkongan, garau..kasar..cemas
memang pekikan yang kuat tanpa lolosan suara menjuak,
ahhhh.....!!!!
 Aku mati...ramai manusia menghurungi tubuh itu.Aku kenal lelaki berkopiah putih itu, mendahului yang lainnya,
menelanjangi aku yang sejuk dan kaku.
Aku tahu itu jirusan air dan kapur barus.
 Aku dimandikan orang..semua celah dan pelipatan tubuh itu diberus
tanpa belas menahan pedih...terasa sejuk biru membeku dan mukaku
seakan kekuningan. 
 Aku dikafankan orang...lelaki berkopiah putih itu ku kenal
memakaikan aku dengan lembaran gebar putih, nipis dan tidah berjahit.
Hingga muka ku juga ditutupi..ahhh!!!.. Terasa lemas! tolonglah jangan begini kasar!Aku ingin bangun, memakai T-shirt kegemaran ke warung melahap cangkiran kopi.
 Aku disembahyangkan orang...aku kenal lelaki berkopiah putih itu.
Mengajak ramai lelaki lain berdiri, berbaris-baris..apa yang ingin mereka laksanakan? 
Aku mendengar dengan jelas; ALLAHU AKBAR!...kemudian diiringi oleh ramai dengan kalimah yang sama.
 Aku ditanam di dalam kubur...aku kenal lelaki berbadan besar itu.Mengetuai lelaki lain mengangkat usungan...
Eh!..kenapa ni? Mengapa meletakkan aku dalm kotak sekecil ini?Ke mana aku mahu kain bawa pergi?Aku masih ingin di rumah..ada rancangan televisyen kegemaranku sebentar lagi akan disiarkan.
 ALLAH!..mereka memasukkan aku ke kamar apa ini? Sempit, hanyir dan melekit..
Mengapa bongkah-bongkah tanah yang dikepal, dibundarkan..disendal-sendal di kepala, belakang dan pinggulku?
Kenapa mereka semua naik ke atas? Aduhhh!!...mereka menuangkan tanah beramai-ramai!
Mereka menyumbat kamar kecil ini dengan rapat dan sepadatnya...
Tiada lagi ruang aku bergerak....
 Tinggallah engkau di situ seorang diri menunggu kiamat!

ALLAH!...aku terjaga dengan peluh dingin memenuhi dahi..Astaghfirullahal 'aziim

Utk renungan bersama…